Sesekali buat menu istimewa apa salahnya, untuk kepuasan bersama kelurga juga. Kalau biasa nasi beriani dinikmati di kedai mamak, jom masak sendiri dengan ramuan yang serba ringkas dan mudah disediakan. Langkah ini boleh bantu buat mereka yang pertama kali membuat nasi beriani. Pasti menjadi dan bertambah sesiapa yang menikmatinya nanti.

Nasi Beriani Kambing

Bahan-bahan:
2 1/2 mentega
Rempah 4 sekawan
Bawang merah
4 tin kari kambing Adabi
2 biji tomato
4 sudu teh secukup rasa
6 cawan air
1 tin susu cair
6 cawan beras Basmathi

Cara memasak:


1.Panaskan 2 1/2 sudu mentega.


2.Masukkan rempah 4 sekawan dan bawang merah.


3.Tumis hingga kekuningan.


4.Masukkan tomato yang dipotong dadu.

IKLAN


5.Sediakan 4 tin kari kambing adabi.


6.Masukkan kari kambing adabi ke dalam bahan yang ditumis tadi.


7.Perasakan dengan secukup rasa.


8.Masukkan air.


9.Masukkan susu cair.


10.Kacau rata

11. Masak hingga mendidih.


12. Masukkan beras Basmathi.


13. Siap untuk dihidangkan.

Kredit : My Resipi

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini 

Langkah Mudah Masak Nasi Goreng Kambing Yang Super Sedap.

Koleksi Menu Harian Yang Ringkas Dan Gerenti Disukai Keluarga

Nasi Tomato Simple Aje, Lengkapkan Dengan Kambing Bakar & Ayam Masak Merah