Sama seperti tahun lepas Rasa Nostalgia Ramadan ke udara lagi bersama Datuk Chef Wan dan juga tetamu jemputan. Berbeza lokasinya lebih menampakkan rasa nostalgia di kampung dengan himpunan menu-menu menyelerakan sepanjang bulan puasa ini.

Episod pertama ini Alif Sattar  menjadi tetamu  Datuk Chef Wan. Memang kecoh dibuatnya bila dua selebriti ini bergabung. Ada saja soalan dan gurau senda mereka yang buatkan kita tidak jemu menonton.

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar

Masakan yang dimasak oleh Chef Wan merupakan kesukaan Alif iaitu Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung. Rugi tak menonton kerana sepanjang rancangan ini pelbagai tip masakan yang dikongsi oleh chef ternama ini.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton episod seterusnya kerana pasti ada kisah penuh nostalgia yang dikongsi mereka ketika memasak Rasa Nostalgia Ramadan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang di Astro Prima HD saluran 105 & 125.

Selamat mencuba resipi-resipi ini.

 

NASI BERIYANI AYAM KUZI
Bahan-bahan:
Beras
Minyak sapi
Serai
Daun pandan
Buah pelaga
10 biji bawang merah kecil (dicincang)
4 ulas bawang putih(hiris)
1 inci halia(hiris)
4 biji bunga lawang
2 serai (ketuk)
Cili kisar
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Bawang besar (hiris nipis)
Kismis
Ayam
Tomato puri
Susu sejat
Air mawar
Yogurt
Bawang goreng
Stok ayam
Gajus
Daun limau purut
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Air
Garam
Gula

Saffron

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar

 

 

IKLAN

BAHAN KISAR:

A
20 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

 

B
8 biji cili hijau
Daun pudina
Daun parsley

Daun bawang

IKLAN

C

Bawang putih

Halia

Stok ayam

Bawang merah

 

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar

IKLAN

AYAM KUZI
Cara memasak:
1. Panaskan minyak sapi.
2. Goreng bawang merah dan masukkan cengkih.
3. Masukkan gajus dan serai.
4. Bila dah perang masukkan daun pandan.
5. Kisar bahan A.
6. Masukkan bahan kisar A.
7. Kisar bahan B.
8. Masukkan cili kisar dan rempah-rempah (serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih).
9. Masukkan ayam sampai kecut.
10. Masuk kismis.
11. Masuk bahan kisar B.
12. Masukkan sedikit garam.
13. Masukkan tomato puree.
14. Masukkan air, susu cair, air mawar dan biar setengah jam serta masukkan bawang putih.

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar

NASI BERIYANI
Cara memasak:
1. Masukkan minyak sapi.
2. Masukkan bawang merah, gajus, cengkih, serai dan daun pandan.
3. Masukkan kismis dan bahan C (biar sampai kering sikit).
4. Masukkan beras dan susu cair, stok ayam dan air masak.
5. Kemudian masukkan daun pudina, bawang goreng, daun bawang, dan air mawar.
6. Dah siap, letak saffron. Biarkan mendidih.
7. Masukkan ayam dalam nasi.

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar

Nasi Beryani Ayam Kuzi dan Puding Jagung Menu Berbuka Kesukaan Alif Sattar

 

PUDING JAGUNG
Bahan-bahan:
1 tin jagung berkrim
250gm gula
1 tin susu sejat
5 biji telur
100ml air

Cara memasak:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan susu, jagung, dan air. Seterusnya pukul lagi sehingga kembang.
3. Kukus.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI