Kombinasi lamb shank dan nasi briyani memang sedap dinikmati sekeluarga. Jika anda peminat kambing pasti puas makan. Resipi yang dikongsi oleh Aishah Muslim ini sesuai untuk enam orang makan.

Lamb shank

(6 orang )

Bahan-bahan:
6 ketul lamb shank atau
2 -3kg kambing / lembu. Seeloknya beserta tulang tulang sedikit.
* rebus sehingga lembut (2 – 21/2 jam periuk biasa / 1jam preasure cooker). Simpan air rebusan utk masak nasi & kuah briyani nanti.

Bahan tumis:-
3 biji bawang Holland
Segenggam bawang putih
3 inci halia
*blend halus semua

Rempah kering :-
2 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh buah pelaga
*blend kering
2 batang kayu manis sederhana besar
1/2 tin besar tomato puree
3 – 4 sudu makan cili sos
3 – 4 sudu makan rempah briyani kegemaran
1/2 cawan yogurt /susu cair
Sedikit gula (jika masak lamb shank /kambing)
sedikit daun sup & daun bawang dipotong panjang seinci ( jika ada)
Minyak zaitun / ghee / minyak biasa untuk menumis

Cara memasak:-
1.Tumis bahan giling yang dikisar halus tadi sehingga wangi.

IKLAN

2.Masukkan 2 batang kayu manis tadi. Tumis lagi.

3.Masukkan pula bahan rempah kisar  kering tadi bersama rempah briyani. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
4.Masukkan sedikit air rebusan lamb shank/kambing/lembu utk elakkan rempah tumis dari terlalu kering.
5.Masukkan tomato puree & tomato sos. Kacau lagi. Jika masak lamb shank / kambing masukkan sedikit gula. Jika masak daging lembu tidak perlu gula.
6.Bila sudah kelihatan mesra & berkilat sedikit masukkan pula lamb shank / kambing / daging lembu yang telah direbus bersama 4 – 5 cawan air rebusan lamb shank tadi. Biarkan tanak semua bahan menjadi mesra dan pekat. Jika suka kuah lebih boleh tambah air rebusan lagi.
7.Bila sudah pekat dan tanak, masukkan yogurt/susu cair dan biarkan didih lagi sehingga betul-betul mesra. 8.Perasakan garam dan gula sekali lagi. Tutup api dan taburkan potongan daun sup & daun bawang tadi.
Siap untuk dihidang.

Nasi Briyani
(6 orang)
Bahan-bahan:-
3-4 pot beras basmathi / beras parboiled cuci bersih dan toskan
Bahan tumis:-
1/2 labu bawang holland – hiris halus
2 sudu rempah briyani
1 batang kecil kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
1 sudu kecil bunga lawang
2 helai daun salam (jika ada)
2 helai daun pandan (jika ada)
Secubit gula
Air rebusan lamb shank / daging / kambing
Minyak zaitun / ghee / minyak masak untuk menumis
Secubit saffron dan rendam dalam 1/2 cawan air suam atau jika tiada saffron boleh guna pewarna kuning sahaja

1 sudu kecil dan larutkan sedikit dengan air

IKLAN

Cara memasak:-
1.Tumis bawang bersama kayu manis, buah pelaga & bunga lawang hingga wangi. Kemudian masukkan pula rempah briyani. Tumis lagi.
2.Masukkan beras dan kacau perlahan sehingga kelihatan jernih. Kacau perlahan beberapa kali sahaja supaya beras tidak pecah.
3.Kemudian masukkan air rebusan lamb shank / daging / kambing tadi mengikut sukatan yang diperlukan. 4.Masukkan sekali daun salam, daun pandan dan tabur secubit gula. Gula akan menjadikan nasi ini tetap lembut dan agak berkilat.
5.Tutup dan masak seperti biasa. Seeloknya api sederhana besar.
6.Bila sudah masak.Tutup api dan kaup balik kan nasi tadi perlahan.
7. Ambil sesenduk kuah briyani yang sudah dimasak tadi dan tabur sedikit demi sedikit di atas nasi berselang seli dengan larutan saffron atau larutan pewarna kuning tadi.
8.Tutup balik periuk nasi dan biar ia mesra sebelum dihidang.

Kredit resipi dan gambar: fb Noraishah Muslim

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.

IKLAN

3 Jenis Kuih dan Manisan Berasaskan Keledek Yang Sedap

11 Manisan & Kudapan Yang Selalu Ada Masa Deepavali.

Muruku Cheese Buat Deepavali Lebih Istimewa

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI