Sebut tentang Nasi Daging Utara, memang padu padanannya dengan air asam kerisik. Ditambah pula ada menu rendang telur, sedap betul makan dah tak toleh kiri dan kanan.
Menurut Norzy Yusuff, percubaan kali pertamanya memasak Nasi Daging Utara ni, terus jatuh cinta. Sedap sangat. Daging lembut, nasi pun cantik, elok dan lembut.
Dinikmati pula dengan air asam kerisik bawang dan rendang telur, memang buat makan bertambah-tambah. Ikuti perkongsian resipi daripadanya. Jom kita buat.
NASI DAGING UTARA SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
Daging (direbus empuk, ketepikan)
3 pot beras basmathi (rendam 30 minit) – Boleh beli online di sini
BAHAN TUMISAN:
2 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
3 inci halia*
**Bahan bertanda (*) dimayang halus.
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
2 sudu rempah kurma – Boleh beli online di sini
2 helai daun pandan
2 biji tomato
¾ tin susu cair – Boleh beli online di sini
¾ sudu penuh garam
Sedikit Cukup Rasa
Air rebusan daging
Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Tumiskan 4 sekawan dan bahan yang dimayang. Apabila telah garing, masukkan daun pandan dan rempah kurma.
Masukkan air rebusan air sebanyak 4 ½ cawan pot yang sama dan juga susu cair.
Didihkan sebentar dan masukkan garam, cukup rasa dan tomato.
Toskan beras basmathi dan masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan tumisan dan daging yang telah direbus empuk.
Akhir sekali, apabila nasi telah masak, baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan elok gebu dan wangi.
NOTA: Nasi jangan dikacau ketika sedang masak untuk elakkan beras patah.
Resipi nasi saya ini lembut sedikit. Jika nakkan nasi yang berderai, kurangkan ½ cawan air rebusan daging.
AIR ASAM KERISIK BAWANG
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
2 biji tomato
10 tangkai cili api
1 mangkuk air asam jawa – Boleh beli online di sini
3 sudu kerisik
Belacan bakar – Boleh beli online di sini
Garam
Gula
Cukup rasa
**Campurkan kesemua bahan di atas.
RENDANG TELUR
BAHAN (A):
10 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih – Boleh beli online di sini
3 inci halia
2 batang serai
** Semua bahan ini dikisar lumat.
BAHAN (B)
½ genggam cili api – Boleh beli online di sini
1 ketul kunyit hidup
**Semua bahan ini dikisar lumat.
5 biji telur (direbus)
1 batang serai (diketuk)
2 senduk cili kisar
3 sudu kerisik – Boleh beli online di sini
Santan kotak
2 helai daun kunyit
1 keping asam keping – Boleh beli online di sini
Garam
Gula
Cukup Rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan A dan 1 batang serai yang diketuk dan garingkan.
Masukkan cili kisar dan garingkan sekejap, baru masukkan bahan B.
Garingkan betul-betul, baru masukkan garam, santan dan tambahkan air.
Akhir sekali perasakan dengan gula, cukup rasa, daun kunyit, asam keping dan masukkan telur rebus.
Kacau sekejap, dan dah siap.
Kredit: Norzy Yusuff
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official