Kalau di sebelah utara, menu Nasi Daging Air Asam ini dihidangkan ketika hari raya. Menu ini menjadi kemestian dan cara olahan air asam dan rebusan daging yang lembut menjadikan ia enak dinikmati.Korang yang ingin mencuba dikongsi resipi membuatnya.
Bahan-bahan:
Beras 4 pot dng air
(1 beras 1 air)
daging dirembut dahulu dengan pressure cooker
bahan2 tumis;-
4 bj buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
5 bj bunga cengkih
1/2 sd lada hitam
1 kiub pati ayam
minyak sapi+ mnyak masak
1/2 tin susu cair
2 sudu serbuk kurma
daun pandan simpul
sedikit garam
Cara memasak:
1.Tumis semua bahan diatas dalam kuali..dah naik bau boleh masukan beras gaul sekejap dan pindah dalam ricecooker
sukatan air seperti di atas…
2. guna air rebusan daging td..
3. siap.
Bahan air asam:-
tomato
cili padi
cili merah
air asam jawa
belacan
daun kesum (cincang halus)
sedikit garam dan gula
Cara buat air asam:
1.potong2 semua ikut cita rasa masing2…
2.gaul2 sebati semua….
3.siap…hehe
nak buat air asam yang sedap tips dia senang je… asam jawa jng kedekut….
kredit: apis