Nasi Daging Tauhu Campbell’s, Idea Menu Sahur Masak Hanya 15 Minit.

Share

Semasa sahur, hidangan yang panas dan cepat masak antara yang paling digemari dan membuka selera. Tidak perlu lauk pauk yang mewah. Cukup sekadar sajian ringkas untuk mengalas perut supaya kekal bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa.

Tauhu merupakan sumber protein yang sedap dan terbaik yang boleh diambil semasa bulan Ramadan ini. Selain harganya yang murah, ia juga boleh dipelbagaikan bagi menghasilkan hidangan sihat untuk keluarga tercinta.

Hidangan Nasi Bersama Daging Tauhu Campbell’s ini antara sajian yang boleh anda sediakan sebagai menu sahur untuk keluarga. Mudah, enak dan mengenyangkan. Pasti suami dan anak-anak anda sukakan rasanya. Selamat mencuba.

 

RESIPI NASI BERSAMA DAGING TAUHU CAMPBELL’S

Masa Penyediaan: 10 minit

Masa Memasak: 15 minit

Hidangan: 4 orang

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sup pekat Krim Ayam Campbell’s – dicampur dengan 4 sudu besar air
  • Minyak masak
  • 1 labu (kecil) bawang besar merah – dicincang
  • 350gm daging lembu – dicincang
  • 100gm lobak merah – dicincang
  • 2 sudu besar Sos berperisa Tiram Kimball
  • 200gm tauhu lembut
  • 4 cawan nasi yang telah dimasak
  • Lada hitam

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan daging cincang dan masak selama 3 – 4 minit.
  2. Tambah sup pekat Krim Ayam Campbell’s dan lobak merah. Biarkan mendidih selama 6 – 7 minit.
  3. Perasakan dengan sos berperisa Tiram Kimball dan lada hitam. Masukkan tauhu dan masak selama 2 minit. Hidangkan bersama nasi panas.

 

Tip: Daging lembu cincang boleh digantikan dengan daging kambing cincang atau ayam cincang.

Published by
Nur