Kombinasi nasi berperisa yang dinikmati bersama daging dan air asam. Cukup rasa, daging yang lembut serta tidak muak! Memang enak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
BAHAN-BAHAN NASI DAGING:
Ads
1/2 kg daging | potong kiub sederhana kecil & rebus
5 cawan beras
2 sudu besar rempah kurma
Rempah 3 sekawan
1 sudu besar marjerin
1 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 helai daun pandan
1/2 kiub pati ayam
Suku setengah cawan susu cair
2 sudu besar sos tomato
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin.
Tumis bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan danserbuk kurma. Kacau sekejap biar sebati dan bau harum.
Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan. Kacau biar sebati.
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging, susu cair dan sos tomato.
Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik. Tunggu hingga masak.
Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
BAHAN AIR ASAM KERISEK:
1 biji tomato | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
3 biji cili padi | dihiris
Asam jawa
1 sudu besar kerisik
3 biji cili merah | ditumbuk
4 biji cili padi | ditumbuk
Belacan bakar besar ibu jari | ditumbuk
Garam | ditumbuk
Gula | ditumbuk
Ads
CARA-CARA:
Tumbuk cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula.
Masukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan pula bahan tumbuk ke dalam mangkuk.
Tambahkanasam jawa dan masukkan air sedikit. Gaul hingga sebati.
Masukkan kerisek dan gaul lagi.
Siap dan sedia untuk dinikmati bersama nasi daging.
Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk ni memang sedap. Nampak ringkas je cara penyediaannya tapi percayalah, rasanya memang membuka selera. Kalau dekat dapur ada lebihan ikan goreng, sesuai sangat masak menu ni. Sedap! Untuk makan tengahari, malam ke, sarapan ke…memang sesuai lah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Farihah Zulkifle ni. Pasti puas hati.
NASI GORENG IKAN CILI TUMBUK
BAHAN-BAHAN TUMBUK (JANGAN BLENDER):
1 @ 2 biji bawang besar
6-8 ulas bawang putih
1 genggam cili kering (rebus dan buang biji dahulu)
ikan bilis sejemput
Nasi putih
Kacang buncis – (guna buncis sebab tidak mahu kacau rasa nasi)
4 ekor ikan – (Garam & kunyitkan, kemudian goreng)
2 biji telur – ( Goreng asing boleh atau hendak pecahkan dalam nasi pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga pecah minyak. (Pecah minyak menandakan cili sudah masak)
2. Bila sudah pecah minyak, masukkan isi ikan dan perasakan dengan sedikit garam.(Ingat ikan sudah diperasakan dengan garam). Tumis sehingga garing.
3. Kemudian masukkan nasi putih.
4. Kacau rata kemudian baru masukkan kacang buncis. Masukkan kacang buncis akhir sekali sebab mahu tekstur rangup.
5. Kacau rata lagi sehingga bahagian bawah garing sedikit.
Tercuit hati melihatkan kemesraan penyanyi muda Ismail Izzani dengan Datuk Chef Wan. Chef Wan membahasakan dirinya sebagai atuk kepada Ismail, iyelah beza jurang tiga generasi tu ibarat pangkat cucu tu. Gurau senda dan gelak ketawa menyulami sembang mereka.
Dapur hari tu berkumandang nyanyian Ismail menceriakan Datuk Chef Wan pada hari itu. Anak kepada Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi wajah ibunya tetapi juga kemerduan suaranya.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua, episod ke 16 Chef Wan seronok melayan ‘kerenah’ Ismail yang kelihatan mesra sekali dengan ‘atuknya’. Ismail memang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua.
Ismail menunjukkan minat masak bila sempat bertanya apa rahsia memasak Chef Wan yang menjawab.”Memasak ni kena penuh minat dan kegembiraan dengan niat untuk menggembirakan hati orang lain yang menikmatinya”.
Bagi yang tak berkesempatan menyalin resipi ni dia tiga masakan dari dua selebriti ini.
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
125 ml minyak sapi
10 biji bawang merah kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 helai daun pandan (cerai-ceraikan)
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
10 biji badam
125 ml stok ayam
4 sudu besar susu sejat
125gm beras basmathi
4 sudu besar air mawar
Saffron
Halia
Garam
Kismis hitam & kuning (kisar)
Kismis hitam & kuning (tidak kisar) Bahan hiasan :
Bawang goreng
Kismis
Kacang
Badam goreng
Daun ketumbar CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. 2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan daun pandan, bawang merah kecil, halia, dan bawang putih yang dihiris halus. Kacau sehingga warna keperangan dan naik bau. 4. Masukkan kismis hitam dan kuning yang telah dikisar ke dalam periuk dan sedikit badam. 5. Setelah itu, masukkan beras basmathi, kismis dan dikacau bagi sebati. 6. Masukkan stok ayam dan susu sejat. Kacau beras bagi sebati. 7. Masukkan saffron, garam dan biji badam ke dalam periuk. 8. Tuangkan air mawar dan masukkan lagi biji badam. Tunggu sehingga nasi siap masak. 9. Letakkan bahan-bahan hiasan setelah nasi siap dimasak.
2. KURMA AYAM
BAHAN-BAHAN :
½ ekor ayam (dipotong)
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
2 biji tomato merah, didadu
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar belah 4
½ cawan pati santan
1 camca besar bawang goreng
2 ½ camca besar penuh rempah kurma
3 sudu makan yoghurt perisa asli
Minyak masak
Asam gelugor
Garam
Gula
Air
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
Daun pudina
Bahan Tumis:
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Halia
Bawang putih
Daun pandan
Bahan Hiasan: Daun pudina Daun ketumbar Limau kasturi
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. 2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, jintan halus dan jintan kasar. Tumis sehingga wangi. 3. Masukkan daun pandan, daun pudina, dan semua bahan kisar ke dalam periuk. 4. Masukkan rempah kurma, ayam, santan dan air. Kacau bagi sebati dan reneh sampai ayam masak. 5. Masukkan garam, gula, kentang dan tomato. Reneh sehingga kentang empuk. 6. Masukkan bawang goreng dan bahan-bahan hiasan. Hidangkan panas dengan nasi.
3. POPIA SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)
Bahan Inti:
1/2 biji kobis (hiris nipis)
2 batang lobak merah (sagat)
3 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
½ biji sengkuang (hiris nipis)
10 ekor udang (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sos tiram
Kicap cair
Daun ketumbar
Garam
Serbuk lada sulah
2 sudu besar minyak
Minyak untuk menggoreng Bahan hiasan:
Bawang goreng
Bijan
Bahan sos :
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih (cincang halus)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Kismis
Bawang merah
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan udang. 2. Masukkan tauhu, kicap cair, sos tiram, dan semua sayuran. Kacau sehingga agak layu. 3. Masukkan daun ketumbar, bawang goreng, bijan dan sedikit garam. 4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 5. Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap. 6. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Pulut mudah masak jika kena dengan caranya. Ia enak dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan bersama serawa, bubur, dibuat Pulut Inti, Pulut Sambal dan sebagainya. Namun ramai yang kurang gemar membuatnya dek kerana perlu memasak dalam jumlah yang banyak dan mengambil masa yang agak lama. Menerusi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim, beliau kongsikan cara mudah untuk memasak pulut kukus dalam jumlah yang sedikit dan cepat dimasak. Hanya perlukan masa 10 minit sahaja. Jom lihat cara-caranya.
TEKNIK KUKUS PULUT SUPAYA CEPAT MASAK & SEDAP DIMAKAN
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan beras pulut dan toskan airnya. 2. Isikan beras pulut ke dalam acuan lompang. Jika suka, boleh oles sedikit minyak pada acuan. Jika tidak oles pun tidak mengapa. Pulut tidak melekat. 3. Isikan air sama paras dengan beras pulut dan secubit garam.
4. Rendam atau biarkan beras pulut terendam bersama air selama 10 minit. 5. Panaskan periuk kukusan. Susun acuan lompang dan kukus selama 10 minit. 6. Jika terlebih masa kukus pun tidak mengapa. Pulut tidak akan lembik.
7. Angkat, keluarkan pulut dari acuan dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.