Nasi Daging Utara Bersama Ayaq Asam Kerisek

Share

Kombinasi nasi berperisa yang dinikmati bersama daging dan air asam. Cukup rasa, daging yang lembut serta tidak muak! Memang enak dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

 

BAHAN-BAHAN NASI DAGING:

  • 1/2 kg daging | potong kiub sederhana kecil & rebus
  • 5 cawan beras
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • Rempah 3 sekawan
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 ulas bawang merah hiris
  • 1 ulas bawang putih hiris
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Suku setengah cawan susu cair
  • 2 sudu besar sos tomato

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan marjerin.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan danserbuk kurma. Kacau sekejap biar sebati dan bau harum.
  3. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan. Kacau biar sebati.
  4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging, susu cair dan sos tomato.
  5. Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik. Tunggu hingga masak.
  6. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

 

BAHAN AIR ASAM KERISEK:

  • 1 biji tomato | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 biji cili padi | dihiris
  • Asam jawa
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji cili merah | ditumbuk
  • 4 biji cili padi | ditumbuk
  • Belacan bakar besar ibu jari | ditumbuk
  • Garam | ditumbuk
  • Gula | ditumbuk

 

CARA-CARA:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi, belacan, garam dan gula.
  2. Masukkan bahan-bahan hiris ke dalam mangkuk.
  3. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk ke dalam mangkuk.
  4. Tambahkanasam jawa dan masukkan air sedikit. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan kerisek dan gaul lagi.
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati bersama nasi daging.

 

 

Kredit resipi & gambar: Izzat Mustaffa

Published by
Nur