Nasi daging adalah antara kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sedap dan aromanya yang sunggh membuka selera. Walaupun nak memasaknya agak banyak menggunakan bahan sebagai ramuan, namun ianya berbaloi sebab rasanya yang sedap.

NASI DAGING UTARA

Nasi Daging Utara, Sedap Dan Aromanya Membangkit Selera

Ads

BAHAN-BAHAN
• 1 kilo daging batang pinang dipotong kecil
• 1 kilo beras basmathi dibersih dan toskan
• 1/2 cawan susu cair
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 sudu besar marjerin
• 1 tin tomato sup
• 3 sudu besar rempah nasi daging
• 1 sudu kecil rempah sajira
• sedikit gula batu
• garam secukup rasa
• sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan

BAHAN TUMIS
• 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
• sedikit daun ketumbar
• 3 helai daun pandan
• 1 batang serai diketuk
• 1 labu bawang besar dikisar
• 3 ulas bawang putih dikisar
• 1 inci halia dikisar
• 3 cawan air

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3. Masukkan bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging, tomato sup dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukkan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dengan rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi. Boleh ambil daging yang tertanam dalam nasi untuk dicecah bersama air asam.

AIR ASAM (kisar semua bahan)
• 4 biji cili
• 1 biji lada merah besar
• 1 ulas bawang putih
• 1 inci belacan yg dibakar
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos ikan
• 60 ml air asam jawa
• 1 sudu kecil gula
• secubit garam

Ads

BAHAN HIRIS
• Sedikit hirisan bawang merah
• Sedikit tomato (hiris dadu)
• Daun ketumbar (hiris halus)
• 1 biji cili (hiris bulat)

Semua bahan di atas dikisar sehingga hancur atau separuh hancur terpulang nak macam mana. Kalau nak cair sedikit, tambahkan air kemudian perasakan kembali.

Ads

Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.

Kredit resipi oleh Unknown dari Telegram KakiMakan 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI