
Korang percaya atau tidak nasi goreng tiga bahan ni memang super senang dan sedap membuatnya. Korang hanya perlu ada nasi putih, sos tiram dan telur je. Pecah telur dalam kuali, kacau gaul tak sampai lima minit dah siap. Kalau tambah ayam atay telurgoreng pun sedap sebagai lauk sampingan. Sesuai sesangat untuk bekal anak ke sekolah.

NASI GORENG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan 1 sudu makan minyak dalam kuali.
- Pecahkan telur, kacau hingga hancur.
- Masukkan nasi, kacau lagi.
- Tambahnan sos tiram, kacau lagi hingga cukup rasa.
- Tutup api, nasi goreng sedia dihidangkan.
- Nasi goreng ini enak dihidangkan bersama lauk pauk, seperti ayam goreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hampir 9K Perkongsian Resipi Roti Puri Ini!

Roti puri ni sangat sedap sebenarnya di jadikan snek petang ataupun kalau teringin nak makan sesuatu yang tak terlalu berat di cicah dengan sambal pun sedap! Resipi yang dikongsikan di Facebook oleh Aienz’s Ismail ni sangat mudah untuk dicuba. Bahan dari resipi ni boleh hasilkan banyak roti puri, jomlah kita cuba resipi ni.
RESIPI ROTI PURI

BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum – BELI DI SINI
6 sudu besar minyak masak – BELI DI SINI
2 sudu besar gula – BELI DI SINI
2 sudu besar yis – BELI DI SINI
2 sudu teh garam – BELI DI SINI
1 cawan air panas
CARA PENYEDIAAN:
Gaul semua bahan-bahan kecuali air, sehingga sebati atau berderai
Masukkan air sikit demi sikit, uli sampai tak lekat, dekat tangan, kalau keras boleh tambah air masak.
Siap uli, bulat-bulat kan lebih kurang bola ping pong, perap dalam 15 minit, gelek-gelek, boleh goreng.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Aienz’s Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Bingka Susu Mudah & Simple Tapi Sedap

Teringin nak makan bingka tapi tak ada stok ubi? Tak apa, masih boleh buat bingka tapi menggunakan susu.
Resipi bingka susu yang dikongsi Norhayati Basri ini, sangat mudah untuk membuatnya. Sesuai untuk menu minum petang.
CARA BUAT BINGKA SUSU

BAHAN A:
500ml susu segar
300gm susu pekat manis – beli online di sini
4 biji telur
250gm tepung gandum – beli online di sini
30gm gula pasir – beli online di sini
Secubit garam
*semua bahan A sebatikan. Nak senang, masuk dalam pengisar. Siap dan ketepikan.
TONTON Jeligho Molek – Rugi Aihhh Tak Cuba!!!
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
BAHAN B:
900ml air
100gm tepung kastad – beli online di sini
200gm marjerin atau mentega asli kalau nak lagi lemak – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Campurkan air dan tepung kastad, sebatikan dan dimasak. Masukkan mentega dan kacau sebati hingga mentega betul-betul cair.
2. Kacau je sampai meletup-letup, barulah dimasukkan adunan bahan A tadi. Kacau tanpa henti agar adunan tidak bergentel. Masak sehingga adunan pekat sedikit.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Dah siap, masukkan dalam acuan 10×10 segi empat. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing. Boleh tabur bijan putih atau hitam sebagai hiasan.
4. Bila kuih dah betul-betul sejuk, bolehlah dipotong. Makan sejuk-sejuk ni, sedap masuk anak tekak. Disarankan makan setelah disejukkan.
Kredit resipi: Norhayati Basri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Datin Hajar Abdul Rahman Kongsi Petua Sedapkan Sajian Autentik Johor.

Masakan autentik Johor adalah kepakaran Ketua Wanita UMNO, Cawangan Kg Istana, Batu Pahat, Datin Hajar Abdul Rahman. Beliau membuka rahsia dan petua amalan memasak yang diwarisi dari arwah bapanya kepada RASA.

Menurut Datin Hajar dia mampu menyediakan tiga jenis lauk pauk dalam masa setengah jam. “Sebenarnya untuk menyedapkan sajian ada langkah urutan dan petuanya yang tertentu. Contohnya dalam masakan Asam Pedas Kerisik, kalau masak lauk ini saya akan memasukkan serbuk lada hitam dan kerisik setelah pes cili kering pecah minyak dan naik bau.
Bila nak masukkan daun kesum saya masukkan batangnya dahulu bersama isi bunga kantan dan setelah mendidih baru dimasukkan daun kesumnya. Batangnya lebih wangi dan masakan jadi lebih lazat. Bagi memekatkan kuah, saya letakkan juga buah keras,” ceritanya membuka petua yang diwarisi dari arwah ayahnya.
Masak Lemak Cendawan juga sungguh lazat. Cendawannya rangup dan kuahnya lemak manis terasa ikan bilisnya. Pesan beliau pilih cendawan hutan yang berkualiti, jika tersalah pilih ia boleh menyebabkan lauk menjadi tidak berapa sedap.
Sambal geledek pula menu ‘wajib’ yang perlu ada di meja hidangan keluarganya.
“Sambal geledek atau sambal ketuk ni sebenarnya boleh dijadikan rencah nasi goreng, jadi jika dibuat lebih pun elok untuk dibuat stok dan jadi rencah kepada lauk lain,” kongsinya lagi.
Jom semak 3 resipi istimewa air tangan Datin Hajar Abdul Rahman iaitu Asam Pedas Kerisik Ikan Merah, Sambal Belacan Geledek dan Masak Lemak Cendawan Hitam.

1. ASAM PEDAS KERISIK IKAN MERAH
BAHAN- BAHAN :
- 500 gm keping ikan merah (anggaran 2 keping)
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1.5 sm halia | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 1/2 sudu makan kunyit serbuk
- 1/2 sudu makan kerisik
- 1/2 tangkai bunga kantan | ambil isi dan kelopak dari sebelah hirisan yang dibelah dua
- 3-4 batang daun kesum
- Beberapa helai daun kesum
- 1/2 sudu makan asam jaya | dicampur suku cawan air
- 1 sudu teh buah keras
- 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
- 500 ml atau air secukupnya | bergantung kepada kepekatan yang anda suka
- 1 biji tomato | dibelah empat
- 4 batang bendi
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar.
- Tumis hingga naik bau, dan masukkan pes cili kering dan serbuk kunyit. Gunakan api sederhana, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan batang daun kesum dan air asam jawa.
- Kemudian masukkan serbuk lada hitam, kacau dan kemudian masukkan air.
- Tutup periuk dan biarkan mendidih. Apabila mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan.
- Masukkan buah keras untuk memekatkan kuah. Masukkan pula bendi dan tomato.
- Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
- Perasakan dengan garam dan gula
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Resepi asam pedas warisan dari generasi ‘lama’ Johor
Anggaran kos : RM30

- SAMBAL GELEDEK
BAHAN-BAHAN :
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar | dihiris kasar
- 6 biji cili merah
- 6 biji cili hijau
- 2 biji cili padi
- Dua genggam bilis
- Gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dan goreng kesemua bawang, cili merah, cili hijau dan cili padi sampai kekuningan.
- Angkat dan toskan.
- Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
- Kemudian tumbuk bawang, cili padi dan hingga lumat, kemudian masukkan gula dan tumbuk sekali.
- Masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuk sampai ikan bilis hancur.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Boleh dijadikan rencah nasi goreng jika ada lebihan.
Anggaran kos : RM6

- MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 100 gm cendawan hitam | rendam bagi kembang
- 3 biji bawang kecil | dikisar
- Segenggam ikan bilis | digoreng dan ditumbuk
- 220 ml santan kotak
- 2 helai daun limau purut |dicarik
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 2 batang serai | dititik
- 1 sudu makan sambal geledek (atau apa apa sambal)
- 500 ml air
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumiskan bawang hingga naik bau dan masukkan serai dan ikan bilis
- Masukkan satu sudu makan sambal geledek
- Masukkan santan, serbuk kunyit dan kemudian air.
- Bila mendidih masukkan cendawan.
- Akhir sekali masukkan limau purut dan perasakan dengan garam.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kuah berlemak dan masam serta cendawan hitam yang rangup
Anggaran kos : RM6


