Nasi Goreng Ayam Kunyit, Paling Sedap & Senang Buat.

Share

Sekarang  dok tular Nasi Ayam  Kunyit, apa kata kreatif sikit, kita padankan Ayam Goreng Kunyit dengan nasi goreng. Maka jadilah Nasi Goreng Ayam Kunyit, menu sempoi terlajak sedap. Sesuai sangat dengan orang bujang, tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.  Resipi ni  hanya ambil masa 15 minit, dah siap boleh makan. Gerenti sedap,  puas hati dan tak payah tukar baju, keluar rumah dan buang minyak beli kat luar.

NASI GORENG  & AYAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam Kunyit:

  • 100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
  • Sedikit hirisan kacang buncis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit hirisan cili padi dan merah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Nasi:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minya masak untuk menumissn

 LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.

LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.

LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit  sos tiram.

LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.

LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.

LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.

 

 

Published by
Norasida Myasin