Nasi Goreng Ayam. Menu gerai masakan panas yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi goreng dan juga potongan Ayam Goreng dan kemudiannya diletakkan sos cili. Ringkas sahaja. Sedap dan sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Cik Merpati Putih, beliau berkongsi resipi Nasi Goreng Ayam sedap yang anda boleh masak sendiri di rumah. Nampak menyelerakan. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK NASI GORENG AYAM SEDAP
BAHAN – BAHAN: Nasi putih secukupnya (nak sedap guna nasi yang masak dalam 2 jam. Nasi tak keras lagi) 2-3 biji bawang merah – tumbuk – beli online disini 2-3 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini 2-3 sudu makan cili kering kisar – beli online disini Ayam secukupnya 1 biji telur Cili padi -jika suka Kicap manis secukupnya – beli online disini Garam, gula dan perasa secupnya 1/2 kiub pati ayam – beli online disini Sayur (apa-apa sayur yang sedap: sawi, lobak merah, kubis,kacang panjang)
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak dan garing. Ketepikan.
2. Kemudian, tumis bahan tumisan iaitu bawang merah dan bawang putih. Bila sudah garing dan wangi, masukkan cili kering kisar.
3. Bila tumisan sudah pecah minyak, masukkan kicap manis atau apa-apa kicap yang ada kemudian pecahkan telur. Kacau.
4. Masukkan perasa iaitu garam, sedikit gula, kiub pati ayam dan ajinamoto jika suka.
Ads
5. Bila rencah kelihatan pekat dan cukup rasa, masukkan nasi putih. Kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan sayur-sayur kegemaran. Kacau hingga semua bahan masak sempurna. Agkat dan hiding.
7. Ambil ayam goreng, ketuk sedikit dan cincang seperti dalam gambar. Tuang sos cili dengan secukupnya.
8. Hidangkan bersama potongan timun, salad, tomato dan juga sup kosong jika suka.
Masih ada lagi lebih daging korban dalam peti sejuk.Teringin pula nak makan kurma daging kenduri. Hari ni saya nak masak kurma daging yang pekat, likat dan lemak macam kenduri orang dulu-dulu.
KURMA DAGING KENDURI
Bahan-bahan:
1.5 kg daging
8 sudu besar rempah kurma
6-7 biji ubi kentang
Daun ketumbar
6 biji cabai hidup hijau & merah
2 labu bawang besar- potong 4
1-2 asam keping
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula batu
2 sudu besar serbuk badam
2 sudu besar serbuk kas kas
1 sudu besar garam masala
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 kotak santan
Garam
Serbuk perasa
Bahan tumis:
Daun pandan
2-3 batang serai
Daun kari
4 beradik ( jangan banyak macam buat kari)
2 inci halia
5 ulas bawang rose
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Bahan kisar:
3 inci halia
1 labu kecil bawang putih
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak untuk menumis. Minyak letak lebih supaya rempah senang pecah minyak.
2. Tumis daun pandan, 4 sekawan, serai yang diketuk, bawang rose, bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai bawang garing.
3.Masukkan pes bawang putih dan halia.Kacau-kacau masak sampai bawang putih , halia garing.
4.Masukkan daging yang sudah dicuci bersih.Kacau sebati, api dibuka sederha, tutup balik periuk. Masak lebih kurang 10 minit hingga jus daging keluar.
5.Buka periuk, kacau-kacau kemudian letak 8 sudu besar rempah kurma.
6.Masukkan garam masala, serbuk lada hitam, gula batu ( untuk bagi lembut daging) dan air untuk kuah dan masak daging serta rempah sekali.Kacau rata, tutup periuk. Masak hingga daging lembut.
7. Buka tutup periuk beberapa kali untuk kacau rempah. Kalau masak periuk biasa rempah cepat hangit.
8. Bila daging sudah nak empuk, masukkan serbuk kas kas, serbuk badam ( ini petua orang tua-tua nak bagi pekat dan lemak kurma kita)
9.Masukkan santan, nak lagi sedap letak sikit susu pekat.
10. Kemudian masukkan ubi kentang.
11. Masukkan asam keping dan akar ketumbar.Kacau-kacau, tutup dulu periuk bagi lembut ubi.
12. Daging dah lembut , baru letak garam dan perasa. Kacau-kacau, perlahankan api.
13. Masukkan daun ketumbar, cabai hidup merah dan hijau dan potongan bawang besar. (bawang dan cabai wajib letak baru kurma kita sedap).Biar sampai kurma kita pecah minyak. Bila dah tutup api, lagi keluar minyak.
Menu cekodok ni memang tidak akan ditolak kalau dihidangkan. Tak kiralah cekodok apa pun, berebut je makan. Tahu-tahu dah habis sepinggan. Nak buat cekodok pisang yang gebu dan rangup dan bulat-bulat rupanya, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Jejaka Brownie. Makan panas-panas , memang layan .
Cara memasak: 1. Lecek pisang tak perlu kisar halus dan timbang 1kg. (Bahan 1) 2. Lalu masukkan pisang yang dilecek tadi ke dalam (Bahan 2) campur hingga sebati. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan jangan terlalu cair tujuannya adalah untuk mendapatkan tekstur yang gebu dan bulat bila digoreng. 4. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti biar banyak. 5. Bila adunan tadi dah siap, basahkan kelima-lima hujung jari menggunakan air dan ambil sedikit adunan menggunakan teknik “jemput-jemput” lalu jatuhkan ke dalam minyak yang panas.
6. Goreng hingga perang. 7. Siap untuk dihidang. Kredit: Jejaka Brownie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Seiring dengan perkembangan zaman, dunia masakan juga semakin berkembang dengan pelbagai resipi baru tercipta. Bahkan, resipi-resipi tradisional juga turut diolah dan diberikan sentuhan moden. Untuk itu, Chef Zetti berkongsi empat resipi kuih tradisional yang telah diberi inovasi baru. Jom kita cuba.
BINGKA UBI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu | parut
2 cawan santan
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
1/2 cawan buah ceri
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dengan sedikit mentega
Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas.
Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Kuih sedua dihidangkan.
KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
3 biji telur
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing.
Guna api atas dan bawah.
Setelah sejuk, sedia dihidangkan.
KUIH TALAM PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Secubit garam
Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, purple
CARA MEMASAK:
Satukan ketiga-tiga jenis tepung, garam dan gula.
Masukkan air dan santan pekat. kacau sebati. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapis
Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan masukkan pewarna.
Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang dan alas plastik (plastik mesti besar sikit dari loyang)
Masukkan 1 bahagian warna (warna bawah sekali – ungu) dan kukus selama 10 minit atau sehingga adunan keras sikit. Ulangi langkah ini sehingga semua 6 warna habis.
Kukus selama 20 minit untuk adunan terakhir.
Sejukkan dahulu baru potong menggunakan pisau plastik supaya tidak melekat.
Sedia dinikmati.
PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
250ml santan
Pewarna pink secukupnya
2 sudu teh kordial air sirap
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.