Namanya nasi goreng budak sekolah sebab memang dibuat untuk anak-anak dan tak pedas langsung. Nasi goreng ini juga tak perlukan banyak rencah, cukup guna telur saja.

Memang senang dan yang penting sedap walaupun ringkas bahannya. Tak percaya cubalah buat esok ikut resipi yang dikongsi Ida Shahida. Pesan beliau, resipi ini kena ikut sebijik-sebijik baru sedap.

Resipi nasi goreng budak sekolah 

Sila ikut resepi ini sebiji ya! Jangan ubah apa apa. Insya Allah, masakan ini anda akan jadi yang paling sedap anda pernah makan. Percayalah dan cubalah…

1. Kena buka api kuat sekali kemudian panaskan minyak.

Ads

3. Tumis bawang putih yang diketuk hingga naik bau.

4. Pecahkan telur dan kacau supaya hancur dan sempurna masaknya.

5. Masukkan nasi dan kacau.

6. Bila dah berasap masukkan garam dan serbuk perasa dan sedikit lada hitam.

7. Kacaulah sampai berasap (api mesti kuat sekali). Siap!

Ads

Inilah hasilnya

Nasi Goreng Budak Sekolah, Rencahnya Cuma Telur. Tak Pedas Tapi Sedap

Ads
Petua buat nasi goreng yang sedap
  • Goreng nasi kena masak sampai berasap. Itu tanda nasi goreng dah masak dan jadi sedap! Kalau nasi goreng tidak berasap maknanya nasi goreng itu belum masak lagi!
  • Api kena kuat.
  • Selepas pecahkan telur kena kacau cepat supaya telur hancur dan masak sempurna. Kalau tak, nanti nasi goreng berbau hanyir telur.
  • Sebaiknya buat nasi goreng guna nasi sejuk atau masak nasi dengan air yang sedikit supaya nasi jadi lerai walaupun baru dimasak. Jangan guna nasi yang lembik untuk buat nasi goreng ya, melekat lekat jadinya. Rasa pun tak sedap!

Tip: Nak pedas boleh letak potongan cili kering semasa menumis bahan.

Sumber: Ida Shahida

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI