Nasi goreng antara menu kegemaran rakyat Malaysia untuk sarapan. Memang banyak jenis nasi goreng yang mudah untuk disediakan, salah satunya adalah Nasi goreng cili padi bujang style seperti yang dikongsikan oleh Aniqclone ini. Kena selera makan memang bertambah-tambah.
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah – beli online disini
Bawang putih – beli online disini
Ikan bilis (rendam air panas) – beli online disini
Cili kering (rendam air panas) – beli online disini
Telur
Belacan – beli online disini
Nasi putih
Ikan bilis (goreng) sebagai hiasan
Isi ayam (optional)
CARA MEMASAK:
Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili kering sehinga hancur
Goreng kan 2 biji telur
Tumiskan bahan tumbuk, sehingga naik bau dan garing.
Tambahkan nasi yang disejukkan bersama telur yang telah digoreng.
Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga sebati
Selamat Mencuba!
Kredit:Aniqclone
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official