Nasi Goreng Cili Kering, Hidang Buka Selera Seisi Keluarga

Share

Selain guna cili kering, selalunya kita masak nasi goreng guna cili padi. Rasanya pedas dan sangatlah sedap bila ditambah dengan ikan bilis. Kan? Tapi, nasi goreng menggunakan cili kering pun sedap tau.

Nasi goreng adalah hidangan yang selalu menjadi pilihan ketika sarapan. Malah ada juga yang lebih suka makan nasi goreng ketika makan malam. Ini kerana nasi goreng tidak perlu ada lauk. Cukup sekadar apa yang ada di dalam nasi itu sahaja. Nah, RASA tampilkan nasi goreng cili kering daripada My Kitchen Diary. Memang sedap.

Nasi dimasak menggunakan cili kering. Rasanya berbeza jika kita masak guna cili padi. Tak percaya? Cubalah.

NASI GORENG CILI KERING

BAHAN-BAHAN
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Minyak masak untuk menumis
7 ekor udang
2 ekor sotong (potong bulat)
1 biji telur ayam
1 mangkuk nasi
Garam secukup rasa
Kacang panjang (hiris bulat)

CARA MEMBUAT
1. Cili kering dipotong dan direndam sekejap dalam air panas.
2. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili kering dan ikan bilis.
3. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga masak.
4. Masukkan udang dan sotong. Biarkan masak.
5. Pecahkan telur ayam. Biarkan mengeras sekejap baru kacau.
6. Masukkan nasi dan garam.
7. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Kacau rata dan boleh dihidangkan.

RESIPI OLEH MY KITCHEN DIARY (@siti1505_kitchen)

Published by
Maryam Elyas