
Ramai suka nasi goreng, dan nasi goreng itu sendiri pelbagai jenis. Dalam banyak-banyak jenis itu, mungkin Nasi Goreng Cili Kering yang dikongsikan ini, boleh membangkitkan selera bersahur anda seisi keluarga. Silap-silap bila jiran sebelah tercium bau pun teringin. Bagi anda yang ingin mencuba, ini resipinya.
NASI GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Segenggam ikan bilis
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering | telah direbus)
2 biji telur
Semangguk nasi
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
- Kemudian masukkan telur. Gaul sebati hingga telur masak.
- Masukkan nasi yang telah digembur-gembur. Gaul sebati.
- Masukkan garam.
- Bila dah sebati, siap untuk dihidang.
Kredit: #daridapurkakHas #kualikakHas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Set Nasi Lobak Merah & Ayam Bakar Super Sedap, Berbaloi Dicuba!

Musim cuti sekolah kembali lagi! Nah, mesti mak-mak pening kan nak hidangkan menu apa untuk keluarga, lagi-lagi anak-anak yang memang aktif dan pasti lapar je.
Apa kata anda masak nasi lobak merah bersama ayam bakar yang super sedap ini! Memang senang je nak masak.
Resipi yang dikongsi Zaini Talib ini, memang pilihan terbaik untuk makan bersama keluarga di rumah.
AYAM BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz kecil ( kalau tak nak potong, kalau saiz besar potong 4 bagi cepat masak)
1 biji bawang besar (sederhana besar) – beli online di sini
6 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia
1 batang serai – beli online di sini
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas) – beli online di sini
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
2 sudu besar madu
Sedikit mentega
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan di atas. Lumur pada ayam.
2. Kemudian masukkan 2 sudu besar madu gaul rata pada ayam. Perap 24 jam kalau nak lebih sedap.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masa nak masak keluarkan ayam dari peti sejuk kemudian lumur dengan sedikit mentega.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 220C.
5. Bila ketuhar dah ready baru masukkan ayam. Bakar ayam 15 minit dengan suhu 220C. Kemudian turunkan suhu ke 180C dan teruskan masak ayam sehingga empuk.
NASI LOBAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmati | rendam ½ jam – beli online di sini
1 biji lobak merah | disagat memanjang – beli online di sini
2 sudu besar minyak sapi| untuk menumis – beli online di sini
3 biji bawang merah | dimayang
3 ulas bawang putih | dimayang
Seinci halia | dipotong mancis
1 hekai daun pandan
¼ yogurt | kalau tiada tak apa (boleh guna susu diperah ½ biji lemon atau limau nipis)
Rempah empat sekawan (1 kulit kayu manis, 3 buah pelaga, 2 bunga lawang, 6 cengkih)
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang, rempah empat sekawan dan daun pandan. Dah naik bau masukkan beras, goreng sekejap sampai naik bau.
2. Selepas itu bolehlah masukkan dalam periuk nasi. Masukkan yogurt, garam dan air secukupnya dan perasakan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Selepas itu tabur lobak merah dan daun ketumbar di atas. Tekan butang cook. Selamat mencuba.
Kredit resipi: Zaini Talib
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Makan Pulut Gaul Nyor Bersama Ikan Rebus Goreng, Sangat Sedap!
Cara Buat Sendiri Colek Ayam Mangga Ala Thai, Mudah & Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Resipi Hidangan Petai Yang Pasti Menambat Selera Anda!

Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Penggemar petai wajib mencuba resipi-resipi ini. Ia sesuai dimakan bersama nasi atau boleh juga diratah begitu sahaja. Selamat mencuba!
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN
- 250gm ikan bilis ] kopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
- Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
- Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN
- 300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
- Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Tumis dan goreng.
Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
- 200gm ikan bilis ] kopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar ] hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
- Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan pedas.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN
- 30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar ] hiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan ] jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis.
Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai.
Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN
- 2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
- 500gm udang saiz XL ] bersihkan
- 2 batang serai ] titik
- 2 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
- 3 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
- 15 biji cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3cm kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
- Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
- Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
- Tuangkan santan dan gaul rata.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
- Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Reneh.
Keistimewaan: Pedas berlemak.
Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
- Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
- 1 mangkuk petai
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 biji bawang besar Holland – hiris
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Minyak masak
BAHAN KISAR
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- Sedikit belacan – optional
- 5-6 sudu besar cili kering kisar
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
- Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
- Setelah bergaul rata, masukkan garam serta serbuk perasa.
- Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar. Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
- Kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KREDIT RESIPI & FOTO: Azie Kitchen
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI
BAHAN-BAHAN
- 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
- Bawang Putih (Hiris)
- Bawang Holand (Hiris)
- Petai (Belah dua)
- Cili Api (Hiris)
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
KREDIT RESIPI & FOTO: Marina Ismail
SAMBAL PETAI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
- 1/2 cawan udang kering direndam ditumbuk kasar
- 3 sudu cili kering kisar
- 5 ulas bawang merah kisar
- 3 ulas bawang putih kisar
- 2 batang serai kisar
- 1 sudu besar air asam jawa
- Petai secukupnya
- Garam gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis lah bahan kisar kecuali udang sehingga wangi.
- Masukkan cili kering, kacau sehingga pecah minyak.
- Tambahkan dengan air asam dan jika perlu tambah sedikit air.
- Masukan udang kering dan masaklah sehingga pekat dan kering.
- Tambahkan garam dan gula. Bila dah secukup rasa masukkan petai, kacau sehingga sebati, dah boleh tutup api.
KREDIT RESIPI & FOTO: NOORIAH ABDULLAH
Hanya 7 Minit Masak Nasi Lemak Penuh Rasa Dengan Menggunakan Pressure Cooker

Senang masak nasi lemak guna pressure cooker untuk dapat tekstur nasi yang cantik.
NASI LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 7 cawan beras basmathi (cuci bersih, rendam 30minit dan toskan )
- 9 cawan santan kotak (6 santan & 3 air )
- 6 ulas bawang merah – hiris nipis
- 1 inci halia – hiris nipis
- 3 batang serai – diketuk
- 3 helai daun pandan
- 2 1/2 sudu makan garam
- 1 sudu makan gula
- Sedikit halba
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.
- Kacau sebati dan tetapkan masa selama 7 minit.
KREDIT: LinaZubir Linawati Latip