Penggemar Nasi Goreng yang pedas dan padu, mesti cuba resipi Nasi Goreng Cili Padiperkongsian saudari Har Ryeayang sangat ringkas ni. Bahan-bahannya sangat ‘simple’ dan kebanyakannya memang sedia ada di dapur kita. Jadi, jom masak menu ini untuk keluarga. Jika ada anak kecil, mungkin boleh kurangkan bilangan cili padinya. Selamat mencuba!
Nasi Ulam Utara. Bagi yang pernah rasa, pasti tahu keenakan hidangan ni. Ringkas sahaja penyediaannya namun rasanya memang sedap dan luar biasa. Kalau bulan puasa ni, memang laris! Ada yang berminat nak cuba? Ini resipinya.
NASI ULAM UTARA
BAHAN A ( ULAM-ULAMAN):
Daun pegaga
Daun gajus
Daun mengkudu
Daun kaduk
Kacang panjang
Daun Cemumar
Daun kesum
Bunga kantan
( Info: Boleh juga guna daun-daun yang lain seperti daun seketut, cekur, putat dan lain-lain)
BAHAN B ( DITUMBUK):
7-8 batang serai
7-8 ulas bawang merah
5-6 tangkai cili hidup
5-6 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 ketul kecil belacan – lebih sedap jika dibakar sedikit
Kerisik secukupnya
3cm lengkuas
Garam secukup rasa
Ajinomoto
BAHAN LAIN:
1 ekor ikan tongkol – dibakar
1 ekor ikan talang masin – digoreng @ dibakar
CARA MEMASAK:
1. Bahan A dibersihkan dan dimayang halus-halus. Jangan hiris besar nanti tercekik bila makan.
2. Bahan B pula dihiris dan ditumbuk hingga halus. Nak kisar pun boleh tapi pastikan guna air sedikit sahaja di dalam pengisar. Ia bagi mengelakkan rencah berair.
3. Ikan tongkol dibersihkan dan dibakar hingga masak. Isinya sedap diletak dalam nasi ulam.
4. Rupa ikan tongkol yang telah siap dibakar. Boleh juga tambah ikan talang masin yang dah digoreng atau dibakar untuk rasa nasi yang lebih enak. Ikan diperisikan, dibuang tulang dan ditumbuk halus.
5. Letak nasi dalam bekas bersesuaian dan campurkan dengan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
6. Masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.
7. Nasi Ulam yang telah siap digaul. Sedia untuk dinikmati.
Pada 31 Januari 2023 (Selasa), Secret Recipe Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran outlet ke-350 di One Utama bersama duta baharu Secret Recipe Malaysia iaitu Mira Filzah. Secret Recipe merupakan sebuah perniagaan Kek & Kafe yang paling berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia sahaja, tetapi di Singapura, Thailand, Brunei, Maldives, dan juga Bangladesh.
Siapa je tak pernah dengar tentang Secret Recipe? Semua orang pernah, malah kek yang dijual oleh Secret Recipe sentiasa menjadi pilihan orang ramai dalam menyambut majlis penting bagi beberapa situasi seperti majlis Ulangtahun, perpisahan dan sebagainya.
Disasarkan Secret Recipe bakal mempunyai 400 outlet menjelang akhir tahun 2025. Secara tidak langsung Secret Recipe telah membantu dari segi ekonomi sesebuah negara dengan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak seperti pembukaan kilang baharu di Kota Damansara.
Menurut Pengarah Urusan Secret Recipe Malaysia, Patrick Sim, pelanggan yang berdaftar dalam aplikasi Secret Recipe MY akan berpeluang merasai Limited-Edition Cupcake bermula 31 Januari 2023 sehingga 6 Februari 2023 hanya di Secret Recipe outlet One Utama. Bukan itu sahaja, pelanggan Secret Recipe bakal mendapat diskaun 35% setiap pembelian melebihi RM 60 dan ke atas (tidak termasuk whole cake atau promosi yang sedang diadakan).
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.