Nasi goreng cili padi ini simple je cara memasaknya. Tapi padu tau. Boleh buat makan berpinggan-pinggan.
Nasi goreng ini satu lagi makanan yang dimakan tak kira masa. Waktu pagi boleh, waktu tengah hari boleh, petang boleh, malam pun boleh! Kadangkala bila masak nasi goreng tak perlu masak lauk lain. Jimat masa dan tenaga. Bajet pun jimat.
Boleh cuba resipi daripada Suhaili Sarah Azman ini ye. Gerenti sedap.
Meh try resipi nasi goreng ini ye. Konfim bertambah-tambah. Tapi kalau ada anak kecil, memang tak sesuailah ye sebab pedas. Tapi, kalau satu family memang makan pedas, memang ngam!
Nasi putih sejuk
Minyak masak – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Serbuk perasa
Isi ayam
Telur
Bawang putih – boleh beli online di sini
Bawang merah – boleh beli online di sini
Sedikit ikan bilis – boleh beli online di sini
Cili padi hijau – ikut kepedasan yang dikehendaki – boleh beli online di sini
Cili padi merah – ikut kepedasan yang dikehendaki
Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi hijau, cili padi merah (kena pedas baru ngam).Terpulang nak tumbuk kasar atau kisar halus
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau. Tambah serbuk perasa. Kacau lagi.
Pecah telur dan masukkan. Kacau lagi.
Masuk isi ayam. Gaul rata. Tapi, kalau tak ada, tak apa. Nasi goreng dah sedap. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Kemudian masuk nasi dan gaul sekata. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
https://www.rasa.my/wp-admin/post-new.php