Hidangan Nasi Goreng ni memang popular di seluruh Asia. Selain negara kita Indonesia, Thailand, China dan beberapa negara lain memang hidangan ini jadi kesukaan ramai penduduknya.
Tetapi jika diimbas sejarah, sebenarnya ia berasal dari negara China. Apapun inilah hidangan yang sesuai dimakan bila-bila waktu, makan tengahari ke, makan malam, petang boleh aje.
Nah ini 3 resipi nasi goreng dari Indonesia dan Thailand. Buat sendiri boleh ulang makan banyak kali kan. Selera tak mengenal bangsa dan sempadan negara .Rasa satukan negara serantau.
1. NASI GORENG KAMBING INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging kambing, dihiris tipis atau dipotong dadu kecil
- 450gm nasi sejuk
- Minyak masak secukupnya
- 100ml air rebusan daging kambing
- 2sm kayu manis
- 1 helai daun bay
Bahan Kisar:
- 7 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- ¼ sudu teh serbuk kunyit
- ¼ sudu teh jintan
- 2 biji buah pelaga, haluskan
- 2 kuntum bunga cengkih
- Kicap manis secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Masukkan kayu manis, daun bay dan bahan-bahan kisar, tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging kambing ke dalamnya, kacau rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula air rebusan kambing, biarkan mendidih sampai daging kambing empuk dan kuah pekat.
5. Masukkan nasi dan kicap serta garam ke dalamnya, kacau sehingga rata sehingga nasi mula kelihatan mengering.
6. Angkat dan sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Indonesia
Keistimewaan : Sesuai untuk sarapan, tengahari petang, mahu pun malam
Anggaran kos : RM15
Info Chef : Nasi goreng berempah yang lazat dengan ramuan daging kambing berempah.
2. NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam /dihiris
- 1 ekor sotong putih/dihiris
- 2 ulas bawang putih /dititik
- 2 biji bawang merah/ dihiris
- 5 ekor udang kering/ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Telur sarang
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. NASI GORENG TOM YAM
BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
- 1/4 bawang besar
- 75 g isi ayam
- 5 ekor udang
- 3 sudu besar sayur campuran
- 1/2 sudu besar pes tom yam
- 250 g nasi sejuk
- 1 sudu kecil sos ikan
- Sedikit perahan jus limau
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ½ sudu minyak dalam kuali dan goreng telur yang dipukul cara dadar.
2. Potong telur dadar dalam kepingan kecil. Ketepikan.
3. Panaskan baki 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi.
4. Masukkan ayam, udang dan kacau sehingga ia separuh masak, diikuti dengan sayur campuran.
5. Masukkan pes tom yam dan kacau sebati sebelum masukkan nasi sejuk.
6. Tambah sos ikan dan telur ke dalam kuali. Kacau secara berterusan untuk rasa yang sebati dengan semua bahan-bahan.
7. Sendukkan nasi goreng yang telah siap dan masukkan perahan jus limau.
8. Siap untuk dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI