Bila tiba musim durian, pasti akan muncul pelbagai menu yang ‘rare’ dan pelik. Pernah atau tidak anda makan durian bersama nasi goreng dan ditambah pula dengan sambal belacan? Kedengaran agak pelik bukan? Tetapi inilah yang dilakukan oleh seorang vlogger percutian, Trevor James yang dikenali sebagai The Food Ranger di Facebook.

Nasi Goreng Durian Musang King Dimakan Dengan Sambal Belacan, Menu ‘Rare’ Tapi Sedap

Beliau telah berkongsi satu hidangan berbentuk video yang unik iaitu Nasi Goreng Musang King bersama sambal belacan. Hidangan ini dinikmatinya ketika berada di Pulau Pinang. Gerai yang dikunjunginya kali ini adalah Ah Chong Fried Rice di mana kedai ini menawarkan hidangan nasi goreng yang lain daripada yang lain.

Nasi Goreng Durian Musang King Dimakan Dengan Sambal Belacan, Menu ‘Rare’ Tapi Sedap

Jika dilihat, hanya sebahagian durian Musang King digunakan sebagai perhiasan di dalam nasi goreng tersebut, manakala sebahagian lagi akan digoreng bersama nasi. Nasi tersebut digoreng seperti biasa menggunakan bahan-bahan seperti sos soya, kobis, lobak merah, telur, udang dan lain-lain lagi. Kemudian, nasi goreng tersebut akan dicampurkan dengan durian Musang King itu.

Nasi Goreng Durian Musang King Dimakan Dengan Sambal Belacan, Menu ‘Rare’ Tapi Sedap

IKLAN

Nasi Goreng Durian Musang King Dimakan Dengan Sambal Belacan, Menu ‘Rare’ Tapi Sedap

Setelah selesai menggoreng, hidangan itu ditambah lagi dengan durian Musang King sebagai perhiasan dan juga sambal belacan. Menurut kakitangan kedai itu, gabungan rasa manis dan masin itu merupakan satu gabungan yang tepat. Malah menurut James sendiri, beliau sukakan rasa manis daripada durian dan rasa pedas daripada sambal tersebut. Beliau sendiri tidak menyangka bahawa ia merupakan satu kombinasi yang sungguh sedap dan menarik.

Nasi Goreng Durian Musang King Dimakan Dengan Sambal Belacan, Menu ‘Rare’ Tapi Sedap

IKLAN

Nasi Goreng Durian Musang King Dimakan Dengan Sambal Belacan, Menu ‘Rare’ Tapi Sedap

Nasi Goreng Durian Musang King Dimakan Dengan Sambal Belacan, Menu ‘Rare’ Tapi Sedap

Pada pendapat anda, adakah Nasi Goreng Durian Musang King bersama sambal belacan ini merupakan satu gabungan yang tepat? Walau apa pun, ia sebenarnya mengikut tekak masing-masing. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada juga yang tidak menggemari kombinasi makanan ini. Kalau anda pernah cuba, bolehlah kongsi pengalaman dengan kami.

IKLAN

Jika anda memerlukan ELECTRIC PRESSURE COOKER yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.

SUMBER: BERITA MEDIACORP

KREDIT VIDEO: THE FOOD RANGER

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI INI:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI