Nasi goreng yang enak tidak semestinya guna bahan-bahan yang mahal. Hanya dengan guna bahan ringkas je pun, tetap boleh hasilkan nasi goreng yang terbaik. Salah satu yang boleh dicuba ialah Nasi Goreng Ikan Masin. Fuhhh..Mantap! Nak lagi sedap? Tambah sikit aneka seafood. Memang laju makan weh.
NASI GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 175gm nasi putih
- 2 biji bawang putih } ketuk
- 4 biji cili padi
- 1 sudu ikan masin }ditumbuk halus
- 1 biji telur
- 100gm isi ayam }potong nipis
- 100gm udang }bersihkan
- 100gm sotong }hiris nipis
- 50gm kailan }potong
- 1 biji cili merah }potong
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili padi dan ikan masin.
- Masukkan telur, garam, isi ayam, sotong, udang, kalian dan cili merah.
- Masukkan nasi gaul hingga rata.
- Sedia dihidangkan bersama salad dan timun berserta sup.
Info chef: Ikan masin ditumbuk halus agar ia sekata bila dimasukkan ke dalam nasi goreng.