Nasi goreng kampung bubuh belacan tambah sedap. Sesuai dimakan waktu sahur.
Waktu sahur, kadang kita nak masak yang simple saja. Yang mudah dan cepat untuk dimasak.
Sebab itulah, nasi goreng antara hidangan yang sering kali dimasak untuk sahur. Bubuh je semua dalam tu, siap! Nak lagi cepat, sebelum tidur, sediakan dulu bahan-bahan. Bangun nanti terus masak je.
Ini satu lagi resipi nasi goreng simple tapi sedap. Agak pedas sebab gunakan cili padi. Tapi kalau ada anak-anak kecil, boleh kurangkan jumlah cili tu ye. Selamat mencuba!
Anda sentiasa didatangi tamu, penat bekerja belum pun hilang anda dah bergegas ke dapur menyediakan hidangan makan malam untuk anda sekeluarga dan tetamu juga. Jangan peningkan kepala, apa kata korang sediakan saja menu ala carte yang mudah tapi sedap dan tetamu anda juga menyukainya. Contoh Mi Goreng dan Nasi Goreng, nak resipi, berikut RASA kongsikan resipinya untuk anda semua cuba sebagai hidangan keluarga sebagai permulaan.
MI AYAM ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning | cuci dan tos
2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
2 pokok sawi Phat Choi | hiris memanjang
4 biji cili padi | titik
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
PERAPAN AYAM:
200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
BAHAN SUP:
1 mangkuk air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 hirisan halia
1 biji bawang putih | titik
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis
Kacau supaya sos sebati dengan mi.
Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
Bercadang nak masak pulut kuning tetapi tercari-cari resipi yang mudah untuk dicuba? Ha…Kalau macam tu, resipi pulut kuning perkongsian saudarai Nazra Queen ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang atau sambal tumis ikan bilis, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Nasi goreng yang paling cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah. Menjimatkan masa bagi mereka yang ingin cepat makan sebab terlalu lapar dan menjimatkan duit. Sesuai untuk orang bujang nih maklumlah dah tengah bulan.
NASI GORENG BERAPI SARDIN SEMPOI & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Nasi secukupnya
1 tin sardin
Garam
Bahan tumbuk :
13 cili padi
2 cili besar
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang di tumbuk sampai wangi.
2. Masukkan sardin dan lenyek halus.
3. Kemudian cepat-cepat masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
4. Angkat, sedia untuk dihidangkan.
Info: Jika suka boleh sayuran yang anda suka dan tambah telur goreng atau ikan bilis goreng ranggup.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!