Nasi Goreng Kampung Pedas Padu, Memang Teringat Keenakannya

Share

Dalam kebanyakan nasi goreng, nasi goreng kampung antara menu yang sering mendapat pesanan di restoran. Ibu-ibu pun gemar masakkan nasi goreng kampung sebagai menu sarapan seisi keluarga.

Nasi goreng kampung tak pernah menghampakan. Sentiasa mendapat permintaan ramai. Selain bahan-bahannya ringkas, paling penting perlu ada ikan bilis goreng, kangkung dan cili padi.

Nak masak Nasi Goreng Kampung yang sedap? Ikuti perkongsian resipi daripada Hajar Mohd

ini. Apabila dah cuba masak, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Jom kita buat.

NASI GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

Nasi sejuk

Ikan bilis – Boleh beli online di sini

Kangkung

2 biji telur

Bawang putih

Bawang merah

Halia – Boleh beli online di sini

Cili api – Boleh beli online di sini

Belacan – Boleh beli online di sini

Ketulan dada ayam

CARA MEMASAK:

Sediakan nasi sejuk baki malam tadi.

Cuci bersih kangkung dan dipotong.

Gorengkan ikan bilis hingga garing. 

Ketepikan.

Gorengkan pula 2 biji telur ayam. Kacau-kacau.

Masukkan pula bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris.

Tumbukkan cili api dan belacan hingga lumat.

Masukkan ketulan kecil dada ayam.

Nak lagi padu, boleh masukkan budu.

Kemudian, boleh masukkan nasi sejuk. Kacau nasi dan gaul hingga rata.

Akhir sekali, masukkan kangkung.

Kacau rata dan dah siap Nasi Goreng Kangkung.

Kredit: Hajar Mohd

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
EDT RASA