Nasi Goreng Kampung Sempoi, Gerenti Berkali Ulang Makan

Share

Hai sedapnya dapat nikmati nasi goreng untuk sarapan pagi. Tambah pula kalau dapat nasi goreng kampung yang tidak banyak rencahnya. Simple jer, yang penting gerenti bertambah nanti makan.Nak buat nasi goreng ni sebaiknya menggunakan nasi sejuk, nasi yang dimasak semalaman. Tip nak bagi nasi goreng sedap, gorengkan dengan api yang kuat. Nasi goreng kampung mesti ada kangkung dan ikan bilis lebih, makan pula dengan sambal belacan, perghh.

Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
Belacan
Sedikit ikan bilis
10 tangkai cili api ( lagi pedas lagi sedap)

Bahan-bahan untuk nasi:
6 cawan nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)-BELI ONLINE DI SINI
Minyak untuk menumis

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef

Cara memasak:

1. Tumbuk kesemua bahan, bawang merah,bawang putih,cili api, belacan dan ikan bilis.


2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.

3.Bila bahan tumbuk tadi dah naik bau, masukkan telur. Bila telur dah agak nak garing kacau-kacaukan sehingga sebati. Masa ni kalau nak masukkan garam dah boleh.




4. Kemudian masukkan nasi,gaul sebati

.


5. Masukkan kangkung gaulkan kesemua bahan.

6.Nasi goreng kita dah pun siap.

7.Basuh ikan bilis dan toskan,kemudian goreng sehingga garing.
Tip: nak ikan bilis garing, mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas tu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Kalau nak tahu ikan bilis ni dah masak ke belum, tunggu sampai minyak habis berdesir bermakna dah masak la tu.



Kredit :Hawa Aziz

 

Published by
Putri Adila Saari