Nasi Goreng Kerabu, Sesuai Dihidang Raikan Tetamu

Share

 

Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Senang cakap tu, campak-campak je dalam kuali. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.

NASI GORENG KERABU

 

 

BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas