Nasi Goreng Ketam, Menu Sarapan Premium Wajib Cuba

Share

Asyik nasi goreng kampung je, apa kata kali ni kita cuba resipi nasi Goreng Ketam yang mudah dan rasa lain dari yang lain. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan ringkas. Nama pun Nasi Goreng Ketam, haruslah ada isi ketam bukan crabsticks tau! Jangan derhaka resipi.

Buat sendiri di rumah lagi puas hati, nak letak extra isi ketam pun takde hal. Resipi penuh Nasi Goreng Ketam ini telah di kongsikan oleh Fizalgk.

Jom kita cuba resipi lengkap ini.

 

NASI GORENG KETAM

BAHAN-BAHAN:

2 sudu besar minyak masak
4 ulas bawang putih dicincang
1 biji telur
2 cawan nasi sejuk – di peroi
1/2 cawan isi ketam yang direbus
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap sotong
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada sulah
1 tangkai daun bawang dihiris nipis
sedikit serbuk cili Thai

 

CARA PENYEDIAAN:

Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan api yang sederhana. Masukkan minyak masak dan tumis bawang putih hingga berubah warna. Pecahkan pula telur sambil dikacau.

Masukkan nasi dan isi ketam dan kacau sebentar.

Masukkan kicap sotong, kicap cair, gula, lada sulah dan kacau lagi sehingga semua bahan bercampur dan sebati.

Masukkan daun bawang dan kacau sekadar bercampur. Lalu, matikan api. Hidangkan dengan serbuk cili Thai. potongan limau dan cili padi.

Untuk topping macam dalam gambar, goreng telur aadd-on secara berasingan dan tambahkan isi ketam.

SELAMAT MENCUBA!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

Published by
Nadzirah Rashid