
Selalunya nasi goreng kicap begini disediakan untuk anak-anak kerana rasanya yang enak dan tidak pedas. Tapi nasi goreng kicap yang ini bukan anak saja suka, yang dewasa pun sama.
Nasi goreng kicap ini juga kalau diminta memang mudah kerja, kerana cara membuatnya sangatlah senang.
Resipi nasi goreng kicap sedap dan senang
Bahan-bahan
Nasi putih sejuk
Isi ayam -dipotong dadu
Sedikit udang
Cili kisar
Bawang merah -ditumbuk
Bawang putih -ditumbuk
Bawang merah dipotong
Cili api -dipotong
Kicap masin
Telur
Serbuk perasa

Cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian goreng isi ayam bersama udang hingga masak.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk.
3. Selepas naik bau, masukkan bawang dan cili potong. Pecahkan telur kemudian masukkan cili kisar. Gaul sekata.
4. Selepas cili garing masukkan nasi sejuk dan tuang kicap secukupnya. Masukkan juga serbuk perasa. Gaul rata tumisan dan nasi.
5. Jika suka masukkan sayur, gaul lagi. Tak perlu masukkan garam kerana kicap sedia masin.
Kredit resipi & foto: Ekin Hafiz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .

Ketiadaan bazar dan gerai jual lemang sudah cukup menyukarkan nak beli lemang. Iya lah nak membakarnya tentu rumit lagi lah pulak kalau dok apartment atau rumah flat, memang mustahil lah jawabnya.
Tetapi usah risau sekarang ni bukan aje dah ada trend masak lemang kukus guna cawan dan ada juga guna tin, tetapi Rozaini Razali punya caranya tersendiri memasak lemang dengan lebih pantas dan lengkap menggunakan buluh betul sekali.


Apa rahsianya, ya Rozaini menggunakan periuk tekanan tinggi @ pressure cooker untuk memasak lemang cara mudah dan pantas. Bila memasak gunakan buluh dan daun pisang lebih terasa asli aroma dan rasanya. Set 30 minit dah siap.

Jom ikut resipi ini tapi kalau nak buat 1kg lemang macam Rozaini gandakan aje jumlah sukatannya.
LEMANG PRESSURE COOKER

BAHAN-BAHAN :
- 1/2kg beras pulut | cuci bersih dan tapis
- 2 kotak santan kecil
- 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
- 2 sudu minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Masukkan empat sudu beras pulut dalam setiap buluh (lebih kurang separuh dalam bulu)

2. Tuangkan santan yang sudah dicampur dengan air/garam dan minyak masak (paras santan biar tenggelam aje beras pulut tu) ke dalam buluh yang sudah berlapis daun pisang di dalam.
4. Paras santan dan beras pulut dalam buluh lebih kurang 3/4, jangan letak sampai penuh.

5. Susun dalam periuk ( buluh potong pendek biar muat dalam periuk), Rozaini tuangkan secawan air dalam inner pot tu.
4. Kemudian tekan 30 minit, dah siap.
Tip : Masa dah tuangkan santan, gunakan lidi gaulkan sedikit bagi santan turun dan sekata, hentak-hentak manja aje. Buluh sekarang dah ada jual secara online. Order aje, bukan senang nak cari buluh ni.

Kredit FB : Rozaini Razali
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Ini Rahsia Buat Nasi Ulam, Sedap & Boleh Cuba.

Dulu-dulu nasi ulam kerap dihidangkan pada bulan Ramadan, alasannya di bulan puasa sebahagian dari pucuk-pucuk tumbuhan tidak beracun (ini hanya andaian yang diceritakan oleh orang dulu-dulu). Sebab itulah, mereka akan masuk kebun atau hutan meramu (mencari) bermacam jenis pucuk-pucuk untuk dijadikan campuran dalam ramuan nasi ulam. Namun sekarang, pucuk-pucuk tumbuhan susah dijumpai, ulam-ulaman dalam ramuan nasi ulam pun berkurangan, namun rasa tetap sedap. Anda yang ingin cuba, berikut dikongsikan resipi Nasi Ulam warisan turun temuruh arwah Hajah Rahmah Bt Putih (Mak Mah) .
NASI ULAM
BAHAN-BAHAN:
4 mangkuk nasi putih
2 keping ikan talang masih | bakar dan kisar halus isinya
2 ekor ikan kembung | bakar dan kisar halus bersama lada hitam
1/2 cawan kerisik | buat sendiri lagi sedap
1 sudu makan lada hitam | sangai dan kisar halus

BAHAN ULAMAN DIHIRIS HALUS:
2 kuntum bunga kantan
4 pokok daun salom
1 helai daun kunyit
4 pokok ulam raja
4 tangkai pucuk tengek burung
4 tangkai pucuk daun kesum
4 helai daun mengkudu
6 helai daun pegaga
4 helai daun kaduk
4 tangkai pucuk gajus
4 helai daun limau purut
8 ulas bawang merah
4 batang serai
3cm halia
3cm, lengkuas
Ulam-ulam boleh ditambah ikut suka dan tidak semestinya semua ada. Ada beberapa ulam juga sudah cukup.
CARA MEMBUAT:
- Masukkan dalam mangkus semua bahan hirisan dan gaulkan bersama denga nisi ikan talang masih yang telah dibakar dan dikisar halus tadi.
- Gaul sebati, jika kurang masin tambah sedikit garam halus hingga sebati dan cukup rasa.
- Campurkan dalam nasi bersama isi ikan kembung bakar tadi.

4. Gaul rata hingga sebati dan cukup rasa.
5. Nasi Ulam sedia dihidangkan.
Kredit Resepi : Eyta Omar
Variasi Nasi , Ayam Dan Ikan Bertumis. No 5 Tu Beras Perang

Sajian Nasi ada banyak variasinya. Bukan sekadar daging dan ayam , ada juga daripada jagung, halia, serai dan yang uniknya daripada Ikan.
Cuba perhatikan resipi no 5 , daripada beras perang yang menyihatkan. Dan no 3 pun sangat unik daripada isi Ikan Merah. Pastinya ia menjanjikan kelainan dalam keenakan hidangan Nasi yang biasa dihidangkan. Bolehlah dicuba nanti….
1. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
- 2 cawan air
- 2 cawan susu cair
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 biji bawang besar |mayang halus
- 3 ulas bawang putih |kisar
- 2cm halia |kisar
- 2cm kunyit hidup | kisar
- 1 batang serai | ketuk
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
- Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
- 1 ekor ayam |belah empat
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 biji bawang besar | kisar
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
3. Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
4. Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Saiz hidangan: 4-6 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan wangi serai
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus, didih dan goreng
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
2. NASI HALIA SERAI

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak jagung
- 6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
- 4cm halia muda | mayang halus
- 1 labu bawang besar |kisar halus
- 4 ulas bawang putih |kisar halus
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Masukkan beras dan air.
5. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
6. Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai dan halia beri rasa unik
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
3. NASI IKAN MINYAK SAPI

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
- 2 keping isi ikan merah |potong dadu
- 3 cawan susu cair
- ½ cawan air
- 2 helai daun pandan | siat dan simpul
- 2 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan marjerin
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih |mayang halus
- 3cm halia muda |mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
3. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
5. Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
6. Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa minyak sapi yang lemak dan wangi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
4. NASI KAPITAN TANJUNG

BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras | basuh dan toskan
- 2 cawan air
- 1 ½ cawan susu cair
- 2 sudu makan tomato puri
- 2-3 sudu makan minyak sapi
- 1 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN-BAHAN C (TUMIS):
- 4 ulas bawang merah | mayang halus
- 2 ulas bawang putih | mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan B dan tumis lagi beberapa minit.
3. Masukkan beras, air, susu cair, tomato puri, daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Didihkan hingga nasi masak. Jika suka boleh tabur kismis dan bawang goreng ketika menghidang.
5. Sedia dinikmati bersama lauk pauk lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Kapitan
Keistimewaan : Rasa lemak minyak sapi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ayam masak merah.
5. NASI PERANG JAGUNG MENTEGA

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras perang | basuh dan toskan
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan air
- ½ cawan jagung (dalam tin)
- 3 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 3sm halia | mayang halus
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- Sehelai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, halia, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan daun pandan dan beras.
3. Tuang susu cair, air dan jagung ke dalam periuk.
4. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
5. Boleh dihidangkan bersama aneka lauk pilihan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik kerana terdapat jagung di dalamnya
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Beras perang bagus untuk kesihatan.

