Nasi Goreng Mudah Disedia, Sedap Dimakan

Share

Nasi goreng mudah disedia, sedap dimakan. Tak perlu lauk tambahan. Sudah lengkap dalam satu masakan. Ada protein, ada sayur.

Bahkan terdapat macam-macam jenis nasi goreng. Kali ini dikongsikan tiga jenis lagi nasi goreng.

NASI GORENG TAUHU DENGAN KACANG BUNCIS

BAHAN-BAHAN:

3 mangkuk nasi

100gm kacang buncis

2 ketul tauhu (goreng sedikit)

4 ulas bawang merah (hiris nipis) – boleh beli online di sini

3 sudu makan udang kering (tumbuk kasar)

3 biji telur

1 batang lobak merah (hiris) 

1 sudu teh serbuk lada putih

Garam secukupnya- boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

UNTUK HIASAN:

Sedikit daun bawang

Sedikit bawang goreng – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  2. Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
  3. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.

NASI GORENG KOBOI

BAHAN-BAHAN:

3 mangkuk nasi putih

5 biji telur

1 sudu teh serbuk lada putih

2 sudu makan udang kering

Sedikit garam- boleh beli online di sini

2 biji bawang merah – boleh beli online di sini

1 sudu teh serbuk ikan bilis

Sedikit bawang goreng- boleh beli online di sini

Daun bawang

Minyak masak untuk menggoreng secukupnya – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

1.Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
  2. Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.

NASI GORENG INDONESIA

BAHAN-BAHAN:

3 mangkuk nasi putih

4 biji telur

2 biji cili merah – boleh beli online di sini

4 biji cili padi – boleh beli online di sini

4 batang kacang buncis (potong kecil)

300gm isi dada ayam

1 tangkai daun bawang (potong kecil)

 2 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

3 biji bawang merah – boleh beli online di sini

1 sudu makan kicap lemak manis

Sedikit belacan – boleh beli online di sini

1 sudu teh stok ayam

½ sudu makan udang kering

1 sudu makan bawang goreng – boleh beli online di sini

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah, bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
  2. Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
  3. Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa