Hari ini dalam episod kedua Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung menyaksikan aksi pelakon berbakat besar Dayana Roza bersama abahnya, Encik Kamsun Baharim yang telah berkongsi sajian-sajian berbuka nostalgia mereka di bulan Ramadan.
Ditemani pengacara Awal Ashaari, banyak kisah Dayana yang diceritakan oleh abahnya termasuklah kenangan sewaktu berpuasa zaman kanak-kanak dahulu juga pelbagai cerita nostalgia mengenai juadah berbuka. Ada sahaja kenangannya. Lucu dan ada yang pecah rahsia!
Bila nak masak, Dayana bawa pula Awal pusing kampung sambil beli bahan masak. ‘Jauh’ sungguh perjalanan mereka. Sampai naik kering la tekak Awal. Maklumlah, sedang puasa kan.
Pasti ramai juga yang baru pertama kali melihat aksi selebriti ini bersama abah tersayang kan? Ha… Jangan tak tahu, abah Dayana ni pun pandai masak tau. Diwarisi dari arwah nenek Dayana yang berketurunan Thailand.
Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini adalah menu kegemaran abah dan Dayana sendiri iaitu Nasi Goreng Paprik Ayam dan juga Puding Roti. Nampak sangat sedap dan mengiurkan!
Pasti ramai yang tak sabar nak cuba resipi dari Dayana Roza ni. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan malah kedua-dua resipi ini sangat sesuai dijadikan menu dikala berbuka puasa dan juga sahur.
Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Rasa sedap, pasti puas hati.
1.NASI GORENG PAPRIK AYAM
BAHAN NASI GORENG:
- 4 mangkuk nasi
- SERI-AJI PERENCAH SUP TOM YUM
- 2 biji bawang merah – hiris
- 3 ulas bawang putih – cincang halus
- 3 sudu besar cili kering kisar
- Isi ayam (ikut selera)
- Sayur kubis (ikut selera)
- 2 sudu besar minyak masak
BAHAN PAPRIK CAMPUR:
- AJI-SHIO LADA HITAM BERPERISA
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 4 ulas bawang putih – dicincang
- 2 helai daun limau purut
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar sos tomato
- Sayur-sayuran (bunga kubis, lobak merah, kacang panjang, tomato)
- AJI-NO-MOTO® dan garam
- 4 biji cili padi – diketuk
- 2 batang serai – diketuk
- 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- Kicap pekat & kicap lemak manis (agak-agak sahaja)
- 1 inci halia – dihiris
- Isi ayam
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili kisar dan sedikit air. Biar mendidih dan sedikit kering.
2. Masukkan ayam. Jika kering masukkan sedikit air. Kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan dan SERI-AJI PERENCAH SUP TOM YUM dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.
PAPRIK CAMPUR:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih,halia dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, AJI-SHIO LADA HITAM BERPERISA dan sedikit air. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehingga masak dan jika perlu tambahkan sedikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5.Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi.
2. PUDING ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping roti sandwich – potong empat segi
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan gula
- Buah campur kering secukupnya – rendam dengan air panas (boleh abaikan jika tiada)
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu cair, telur, esen vanilla dan gula. Kisar hingga larut.
2. Kemudian sapukan mentega pada roti dan juga pada loyang.
3. Susun kepingan roti dalam loyang dan tuang bahan kisar tadi. Tekan-tekan roti supaya meresap cecair tadi.
4. Tabur buah-buahan kering dan kukus selama 30 minit.
BAHAN SOS KASTARD:
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung kastard
- 4 1/2 sudu makan gula
- ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kastard ke dalam air. Kacau rata.
2. Kemudian campurkan semua bahan dan masa katas api perlahan. Kacau hingga sos menjadi sedikit pekat. Masukkan AJI-NO-MOTO® dan gaul rata.
3. Angkat dan sedia dinikmati bersama puding roti.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI