Nasi goreng sardin. Ringkas tapi sedap. Dalamnya dah ada sayur dan protein, jadi tak perlu lauk lain lagi dah.
Untuk berbuka dan sahur pun sesuai ni. Tambah lagi kalau nak cepat. Misalnya mak-mak yang tak cukup masa. Ha..sekejap je dah siap.
Lagi satu, bulan puasa macam-macam makanan yang ada. So, nasi kadangkala tak habis makan. Ha..ini salah satu cara untuk elakkan pembaziran. Simpan nasi dan boleh digoreng. Tak membazirkan?
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Otai Malaya ni.
Nasi sejuk
Ikan sardin – boleh beli online di sini
Telur
Bawang merah – hiris – boleh beli online di sini
Bawang putih – hiris – boleh beli online di sini
Cili giling – boleh beli online di sini
Sos cili
Sos tiram
Sayur – kacang buncis, lobak merah dan lada benggala (ikut pilihan masing-masing)
Garam – boleh beli online di sini
Serbuk secukup rasa
Minyak masak- boleh beli online di sini
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah dulu hingga terbit bau wangi.
Masukkan pula cili giling. Jumlahnya terpulang tahap kepedasan yang diingini. Suka pedas, bubuh lebih. Kalau ada anak kecil, kurangkan. Goreng sampai garing.
Masukkan ikan sardin. Goreng sampai sedikit garing.
Kemudian masukkan sayur-sayuran iaitu buncis, lobak merah dan lada bengala yang telah dipotong.
Pecahkan telur. Gaul sebati.
Masukkan pula sos cili, sos tiram, sedikit sos sardin, garam dan serbuk perasa. Gaul lagi.
Setelah itu, bolehlah masukkan nasi sejuk. Tapi kalau tak ada, nasi baru masak pun boleh. Tapi lagi best guna nasi yg sejuk. Gaul sebati.
Siap! Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official