Dapur tidak berkincah pinggang mangkuk tak banyak kotor, jimat masa makan pun sedap. Nak tahu rahsianya? Anda sajikan dengan menu ringkas ala kedai. Ini tiga pilihan nasi goreng yang boleh anda cuba dan gerenti siap dalam masa tak sampai 20 minit. Boleh dijadikan menu makan malam keluarga.
NASI GORENG IKAN MASIN PETAI BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
50gm ikan masin tenggiri jeruk | digoreng dan dihancurkan
1 papan petai | dibelah dua
2 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili padi | dititik
1 biji telur
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. Kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan hirisan petai, isi ayam dan cili titik.
3. Masukkan nasi dan ikan masin yang telah digoreng dan dihancurkan tadi.
4. Ketepikan nasi dalam kuali. Tambah sedikit minyak pecahkan telur, kacau hingga berketul-ketul.
5. Kemudian kacau bersama nasi.
6. Lengkapkan rasa bersama sos tiram, serbuk pati ayam, garam dan perasa secukupnya.
7. Hidangkan bersama telur mata.
Ads
NASI GORENG UDANG BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi putih
4 ekor udang saiz XL | digaul bersama garam
Sedikit hirisan isi ayam
2 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
6 biji cili padi | dititik
1 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
1/2batang lobak merah | dipotong dadu kecil
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang hingga masak dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih cincang hingga naik bau.
3. Masukkan pula hirisan isi ayam, lobak merah, cili padi, diikuti nasi, kacau rata.
4. Seterusnya masukkan sos tiram, serbuk pati ayam, garam secukupnya.
5. Setelah secukup rasa angkat dan hidangkan bersama udang goreng tadi.
Ads
NASI GORENG AYAM PAPRIK
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi putih
1 biji telur
50gm sayur campur | lobak merah, kacang pis, jagung
2 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
3 ulas cili padi | dihiris halus
Sedikit serbuk pati ayam
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN AYAM PAPRIK:
150gm isi ayam | dihiris nipis dan kecil
50gm lobak merah | dihiris memanjang
½ biji cili banggala hijau | dihiris
2 helai daun limau kasturi | dihiris
1 batang serai | dititik
5 biji cili padi | dihiris
1/2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 sudu makan sos tiram
½ sudu makan sos cili
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan hirisan cili hingga wangi.
2. Masukkan sayur campur, kacau seketika kemudian masukkan serbuk pati ayam.
3. Seterusnya, masukkan nasi, sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata dan sekata.
4. Ketepikan nasi,masukkan sedikit minyak. Pecahkan telur, kacau hingga berketul-ketul.
5. Kemudian gaulkan dengan nasi, selepas seminit dua, tutup api dan ketepikan.
6. Untuk menyediakan ayam paprik. Panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang merah, putih dan serai dalam kuali hingga wangi.
7. Masukkan hirisan ayam, kacau dua tiga minit.
8. Masukkan pula hirisan lobak merah, cili benggala, sos tiram, sos cili, cili padi dan daun limau purut.
9. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam.
10. Hidangkan bersama nasi goreng tadi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging salai memang sedap kalau buat Masak Lemak Cili Api. Terasa bau asap dalam kuah, lagi terangkat! Jika tiba-tiba teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual, cara dibawah ni anda boleh cuba.
Kaedah ini sesuai dipraktikkan oleh anda yang tinggal di rumah-rumah tinggi macam kondominium dan apartment. Maklumlah, kawasan tanah tak ada. Macam mana nak nyalakan arang. Betul tak? Jadi solutionnya, boleh cuba cara ni. Mudah! Selamat mencuba!
CARA-CARA BUAT DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
Daging – sebaiknya daging batang pinang
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Daun pisang
CARA MEMASAK:
1. Potong daging kepada kepingan yang bersesuaian. Rebus seketika dan jangan terlalu lama. Takut manis daging hilang. Anda perlu rebus jika guna daging bukan batang pinang. Jika guna daging batang pinang, tak perlu rebus.
2. Toskan dan gaul daging tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
3. Ambil pemanggang dan alaskan dengan daun pisang di dasarnya. Susun daging yang telah dilumur kunyit garam tadi.
4. Terbalikkan daging supaya masak sekata.
5. Setelah air daging berhenti menitis, alihkan lapik pemanggang tadi dan bakar daging menggunakan api. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa dan bau hangus pada daging.
6. Angkat dan hiris nipis. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda. Paling best, Masak lemak Cili Api lah!
Gabungan rempah ratus India dengan yogurt menjadi rahsia masakan India disukai ramai. Rasanya yang pedas hangat menjadikan ramai ketagih. Apa kata sempena Depavali ini korang cuba salah satu dari enam menu masakan asli India yang sungguh sedap ini. Percayalah tak rugi mencuba. ROGAN JOSH LAMB CURRY BAHAN-BAHAN:
600gm daging kambing | botong dadu
3 sudu makan rempah
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan air asam Jawa
3/4 cawan yogurt
2 biji tomato | potong dadu kecil
1/2 cawan daun pudina | cincang
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3cm halia
2 biji cili hijau
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5-6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis.
Setelah wangi masukkan bahan kisar hingga naik bau.
Kemudian masukkan, pes kari (campuran rempah kari, serbuk cili dan sedikit air).
Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging kambing dan air asam Jawa. Terus kacau hingga daging kecut.
Jika liat tambah sedikit air, reneh seketika.
Setelah daging empuk masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula.
Kacau rata dan kecilkan api, biarkan mereneh seketika.
Sebelum tutu api masukkan hirisan daun ketumbar dan pudina.
Kari sedia dihidangkan.
FISH MAKHANI BAHAN-BAHAN: PERAPAN IKAN:
2 keping hirisan ikan merah
1/2 biji lemon
Sedikit garam
BAHAN REMPAH PENUMIS
6 kuntum bunga cengkih
1 batang kuli kayu manis
3 biji buah pelage
1cawan yogurt
BAHAN KUAH:
3 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia |kisar
2 sudu makan serbuk kentumbar
2 sudu teh serbuk jintan
½ sudu teh serbuk kunyit
2 biji tomato | kisar
250ml air stok ikan
1 sudu makan serbuk Kasuri Methi (serbuk daun halba)
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Daun ketumbar |untuk hiasan.
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan dengan jus limau nipis bersama garam dan serbuk cili, kemudian perap sekurang-kurangnya satu jam dalam bekas bertutup.
Panaskan kuali non-stick dengan api kecil,goreng sangai bunga cengkih, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga dan badam sehingga garing. Kemudian kisar menjadi serbuk.
Campurkan bahan serbuk ini dengan yogurt. Serbuk ketumbar, kunyit dan jintam, gaul rata.
Kemudian gaulkannya pada ikan yang telah diperap tadi, perap lagi untuk beberapa jam.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia kisar tadi, kacau lagi seketika.
Kemudian masukkan ikan yang telah diperap tadi. Diikuti pes tomato kisar , stok ikan, kasuri methi dan lebihan campuran yogurt tadi.
Teruskan mereneh hingga ikan masak, perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api.
Kemudian panaskan mentega dalam kuali kecil tuangkan di atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan.
VEGETABLE BRIANI BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1/2 cawan lobak merah | potong dadu kecil
1/2 cawan kacang panjang | hiris kecil
1/2 cawan cili benggala merah | potong dadi
1/2 cawan cili benggala hijau | potong dadu
1 biji tomato | cincang halus
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh air rose
1 cawan yogurt
Sedikit daun pudina
Sedikit pewarna kuning
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan mentega
Sedikit hirisan daun pudina
Sedikit hirisan daun ketumbar
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pula bahan campuran serbuk cili, ketumbar, jintan manis dan garam masala dengan sedikit air. Kacau rata.
Tambah ke dalamnya yogurt, masukkan beras, daun pudina, ketumbar, garam dan serbuk perasa ayam.
Angkat dan tukarkan ke dalam periuk nasi elektrik. Biarkan mendidih.
Setelah air kering masukkan hirisan lobak merah, cili benggala merah dan hijau. Kacang panjang dan tomato, gaul rata.
Setelah nasi masak, buatkan beberapa lubang pada nasi, dan tuangkan sedikit pewarna kuning.
Tutup semula dan biarkan lima minit baru tutup api.
Sedia dihidangkan bersama lauk yang telah disediakan.
CHICKEN TIKA MASALA BAHAN-BAHAN: PERAPAN AYAM:
1 kg isi dada ayam
1 cawana yogurt
1 cawan daun ketumbar cincang
2 sudu makan halia kisar
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan bawang putih kisar
3 sudu makan garam masala
3 sudu makan jus limau nipis
BAHAN UNTUK KUAH:
2 biji bawang besar | potong dadu
6 ulas bawang putih | cincang halus
5 biji buah pelaga
5 biji tomato | cincang halus
2 sudu makan garam masala
2 sudu makan gula perang
1 cawan cream masak
3 sudu makan serbuk badam
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan perapan kecuali yogurt hingga menjadi pes.
Kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi yogurt, Kacau rata.
Gaulkan dalam ayam hingga rata. Kemudian tutup bekas dan perapkan dalam peti sejuk.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana, tumis bawang besar hingga layu.
Kemudian masukkan bawang putih, kacau lagi baru masukkan garam masala, gula perang, tomato, serbuk badam, kacau rata dan biarkan mereneh.
Masukkan ayam, dan kacau lagi dan tutup periuk seketika.
Setelah ayam empuk, masukkan krim masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
Biarkan mereneh 2-3 mint, tutup api dan taburkan daun hirisan daun ketumbar.
Ayam Tika Masala sedia dihidangkan bersama roti Naan atau nasi putih.
KOFTA BEEF CURRY BAHAN-BAHAN: BAHAN KOFTA:
500gm daging cincang
2 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
Garam secukupnya
BAHAN KUAH:
2 sudu makan minyak masak
2cm halia | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
1/2 cawan yogurt
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh garam masala
1biji tomato | potong dadu kecil
CARA MEMASAK:
Campurkan daging cincang semua bahan kofta dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
Bulat-bulatkan sebatian daging cincang dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kofta hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
Akhir sekali masukkan kofta, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
Tutup api,kofta sedia dihidangkan bersama nasi putih dan roti.
UDANG GORENG KARALA
BAHAN-BAHAN:
200gm udang segar saiz XL | buang kepala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
4 sudu makan minyak masak
1 sudu teh mustard
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk cili
1 biji cili merah| cincang kasar
1 biji bawang besar| hiris bulat
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit daun ketumbar | cincang
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Gaul rata.
2. Seterusnya panaskan kuali dan masukkan udang yang telah diperap tadi, kacau rata lebih kurang tiga minit. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, masukkan daun kari, kemudian masukkan campuran serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan lada sulah, kacau rata.
4. Masukkan udang, gaul rata lebih kurang tiga minit lagi, kemudian tutup api dan masukkan udang dalam pinggan.
5. Untuk hiasan, gunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang dan cili merah cincang.
6. Setelah layu,tutup api dan taburkannya di atas udang tadi, kemudian perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar.
7. Sedia dihidangkan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.