Nasi Goreng Sempoi,Mudah Buat & Padu Rasa

Share

Sarapan pagi dengan nasi goreng memang menyelerakan. Dapat pula nikmati nasi goreng yang disukai, confirm bertambah nanti. Untuk dapatkan rasa nasi goreng yang sedap dan mantap macam apa yang mak di kampung buat memang agak sukar sebenarnya walaupun nampak mudah. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

NASI GORENG SEMPOI

Bahan-bahan:
Nasi
Bawang merah
Bawang putih
Lada merah
Cili padi hijau
Ikan bilis
Telur
Garam
Ajinomoto
Serbuk kunyit
Sotong (yang sudah dibersihkan)

Bahan-bahan:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih,lada merah dan sedikit cili padi hijau.

2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing kemudian ketepikan sikit.

3.Masukkan telur.
4.Dah masak sikit, hancur-hancur telur,ketepikan juga.

 

5.Masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk, tumis hingga wangi dan sedikit garing.


6.Masukkan garam, ajinomoto dan sedikit serbuk kunyit.

7.Masukkan sotong yang dah dikeringkan airnya dulu.Gaul rata semua bahan-bahan.

8.Kemudian masukkan nasi, kacau rata sehingga ia berwap.

Kredit: Har Ryea

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri Adila Saari