Nasi Goreng Telur Ikan Bilis Paling Pantas, Jimat Masa & Kos.

Share

Nasi banyak tapi lauk dah habis, ​jangan dibuang jika ada nasi lebihan masak sebelum ini kerana ia boleh jadikan nasi goreng. Walaupun nampak mudah tetapi nasi goreng asas ini yang menambahkan selera dan sesuai dimakan bila-bila masa.

Musim PKP ini kalau nak jimat bahan runcit dan belanja dapur, nasi gorenglah jawapannya.

NASI GORENG TELUR IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • Halia
  • 4 biji telur
  • Ikan bilis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Serbuk perasa

 CARA MEMASAK:

1. Bawang segala bawang seperti bahan di atas berserta halia dan cili tumbuk masak sampai naik bau pastu masuk ikan bilis dan bila ikan bilis garing.

2. Masukkan telur semuanya. Gaul sampai ia garing. Selepas itu masukkan sos tiram 2 sudu dan gaul rata.

3. Akhir sekali masuk nasi gaul sampai sama rata semua baru masuk serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.

INFO: 

  1. Kalau hendak masak untuk satu keluarga macam ada anak kecil boleh tukar dengan cili yang besar yang biasa itu.
  2. Boleh tambah sayur kegemaran anda seperti kacang buncis atau lobak merah.
  3. Jika ingin pedas boleh tambah cili padi.
  4. Boleh goreng asing ikan bilis rangup dan masuk akhir sekali.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Anne Natasya D’Ismail

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

BOLEH SEMAK RESIPI NI JUGAK :

 

Published by
Faridah Talib