
Nasi Goreng Tomyam merupakan salah satu menu kedai makan yang menjadi pilihan ramai dek kerana rasanya yang sedap. sesuai dinikmati pada bila-bila masa, menu ni sebenarnya tidak sukar untuk disediakan. Nak lagi padu, tambahkan Anchor Unsalted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices di dalam hidangan anda. Gerenti sedap tak terkata. Sebagai pelangkap, nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry. Jom cuba.
NASI GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk nasi putih
- 3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
- 4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
- 2 sudu besar pes tomyam
- 150gm dada ayam | potong kiub
- 8 ekor udang
- 3 helai daun limau
- 5 ulas bawang putih | kisar kasar
- 1 biji cili merah | dihiris
- 4 keping cendawan tiram
- 1 batang serai | dihiris
- 3 sudu air
- Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry
Cara Memasak:
- Cairkan Anchor Unsalted Butter, tumis ayam bersama bawang putih dan serai. masak hingga naik bau. Masukkan daun limau dan cili merah.
- Masukkan udang, cendawan dan pes tomyam. tambahkan air lalu gaul sebati hingga udang masak.
- Masukkan nasi putih, gaul sekata dan letakkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices.
- Perasakan dan sedia untuk dihidangkan.
- Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI