
Nasi goreng yang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk.
NASI GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
- 6 ekor udang bersaiz besar
- 3 cawan nasi putih
- 5 tangkai cili kering | dikisar halus
- 2 ulas bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- Secubit belacan | dikisar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan udang dan gaul hingga masak.
- Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Diskaun 35% Untuk Semua Pelanggan Secret Recipe Malaysia

Pada 31 Januari 2023 (Selasa), Secret Recipe Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran outlet ke-350 di One Utama bersama duta baharu Secret Recipe Malaysia iaitu Mira Filzah. Secret Recipe merupakan sebuah perniagaan Kek & Kafe yang paling berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia sahaja, tetapi di Singapura, Thailand, Brunei, Maldives, dan juga Bangladesh.
Siapa je tak pernah dengar tentang Secret Recipe? Semua orang pernah, malah kek yang dijual oleh Secret Recipe sentiasa menjadi pilihan orang ramai dalam menyambut majlis penting bagi beberapa situasi seperti majlis Ulangtahun, perpisahan dan sebagainya.
Disasarkan Secret Recipe bakal mempunyai 400 outlet menjelang akhir tahun 2025. Secara tidak langsung Secret Recipe telah membantu dari segi ekonomi sesebuah negara dengan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak seperti pembukaan kilang baharu di Kota Damansara.
Menurut Pengarah Urusan Secret Recipe Malaysia, Patrick Sim, pelanggan yang berdaftar dalam aplikasi Secret Recipe MY akan berpeluang merasai Limited-Edition Cupcake bermula 31 Januari 2023 sehingga 6 Februari 2023 hanya di Secret Recipe outlet One Utama. Bukan itu sahaja, pelanggan Secret Recipe bakal mendapat diskaun 35% setiap pembelian melebihi RM 60 dan ke atas (tidak termasuk whole cake atau promosi yang sedang diadakan).
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.secretrecipe.com.my
Resipi Pulut Kuning & Rendang Daging Paling Sedap Dan Mudah Untuk Hidangan Pagi Raya.

Pulut kuning dan rendang sememangnya kombinasi yang cukup enak. Sesuai sangat dihidangkan di pagi Hari Raya Aidiladha nanti. Walaupun tak semeriah hari raya puasa, namun kehangatan musim perayaan tetap dirasa. Jom cuba! Sangat mudah dan memang sedap.
PULUT KUNING

BAHAN-BAHAN:
- 1.5kg beras pulut susu
- 1 kotak kecil santan
- 10 helai daun pandan
- 2 sudu makan serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- 1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras pulut bersama dengan serbuk kunyit selama 3-4 jam.
2.Panaskan pengukus sambil susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning akan jadi lagi sedap. Letak beras pulut atas daun pandan dan kukus sampai sedikit lembut. Anggaran masa dalam 1 jam.

3.Bila pulut agak lembut, keluarkan dari periuk kukusan dan masukkan dalam bekas lain.
4.Ambil santan, campurkan dengan 1 mangkuk air ( saiz seperti dalam gambar) dan tambah sedikit garam.

5.Tuang ke dalam bekas berisi pulut dan gaul hingga rata dan sebati. Kukus pulut sekali lagi anggaran masa 15-30 minit.

6. Angkat pulut dan boleh dinikmati bersama Rendang Daging.

RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1.5kg daging
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 helai daun kunyit
- 2 sudu makan serbuk kari daging
- 2 bungkus kerisik
- 2 kotak kecil santan
- Garam secukup rasa
- 3 cawan air
- 1 cawan minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 15 biji bawang merah saiz sederhana besar
- 10 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 5 batang serai saiz besar
- 20 tangkai cili kering – ikut kepedasan yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang serta kayu manis. Kemudian masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2.Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau sentiasa supaya rempah tidak hangus.
3. Bila rempah pecah minyak, masukkan daging. Gaul sebentar kemudian tambahkan air. Masak hingga daging lembut dan empuk.
4. Seterusnya bila daging betul-betul lembut, masukkan santan, kerisik dan daun kunyit.
5. Perasakan dengan garam serta perasa lain dengan secukupnya.

6. Bila rendang mencapai kepekatan yang anda suka, matikan api dan nikmati bersama pulut kuning.

Kredit resipi & foto: Noor Hamidah
Nasi Kurma, Ayam Kuzi & Acara Nanas, Nak Kenduri Boleh Buat Ni

Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .

KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 2cm halia | kisar
- Sedikit saffron
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
- 3 biji bawang besar | hiris
- 50gm badam
- 50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 3 sudu makan rempah kuzi
- 3cm lengkuas | hiris memanjang
- 2cm halia | hiris memanjang
- 1 batang serai | hiris halus
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 1 biji limau nipis | ambil jus
- Sedikit saffron
- 1/2 cawan tomato puri
- 200ml susu cair
- 500ml air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
- Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
- Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
- Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
- Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
- Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.

NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
- 3 sudu makan rempah kurma
- 2 kiub pati ayam
- 1 sudu makan mentega
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- 3 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit daun ketumbar
- Sedikit daun pudina
- 1 biji tomato | potong dadu
- Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 ulas buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.

ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
- 2 biji cili merah | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | hiris memanjang
- 10 ulas merah kecil | belah dua
- 5 ulas bawang putih| hiris
- 2cm halia muda | hiris memanjang
- 1 sudu besar udang kering
- 1 sudu teh biji sawi
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan cuka makan
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
- Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
- Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
- Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
- Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
- Sedia dihidangkan.

