Terasa Nak Makan Nasi Goreng Untuk Dinner? Nasi Goreng Udang Ini Boleh Tahan Sedapnya!

Share

Nasi goreng yang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk.

NASI GORENG UDANG

BAHAN-BAHAN

  • 6 ekor udang bersaiz besar
  • 3 cawan nasi putih
  • 5 tangkai cili kering | dikisar halus
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • Secubit belacan | dikisar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan gaul hingga masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
Published by
Nur