Dah lama tak menikmati nasi hujan panas.Kalau ada majlis tertentu seperti kenduri kahwin, baru dapat rasa.Tak susah nak masaknya. Masak nasi ni lebih kurang sama resepi
dengan nasi minyak. Perlu diingat kalau tak kena dengan caranya, nasi akan bertukar warna (akibat warna yang bercampur) menyebabkan warna pada nasi menjadi ‘selekeh’ dan tidak menyelerakan.Turut dikongsikan tip untuk hasilkan nasi dengan warna yang cantik dan menarik serta berderai.
NASI HUJAN PANAS
Bahan-bahan:
4 1/2 pot beras basmathi (saya pakai jenama faiza preboiled pek warna oren)-
rendam beras selama 30 minit, basuh dan toskan
Bahan tumis:
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji bawang putih (dihiris nipis)
2 inci halia (dihiris nipis)
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
3 helai daun pandan (disiat-siat dan disimpul)
3 sudu besar minyak sapi (ghee) (saya guna 2 sudu besar ghee + 1 sudu besar planta)
1 ketul kiub ayam
2 pot full cream milk (boleh gantikan dengan susu cair)
2 1/2 pot air
Pewarna merah, kuning dan hijau secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Cara memasak:
1. Rendam beras basmathi selama 30 minit, basuh dan toskan.
2. Di dalam kuali, panaskan ghee.
3. Apabila minyak telah panas, tumiskan 4 sekawan.
4. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi.
5. Masukkan daun pandan.
6. Masukkan kiub ayam.
7. Masukkan beras basmathi.
8. Masukkan full cream milk.
9. Masukkan air.
10. Masukkan garam dan perasa secukupnya (kiub ayam dah masin, so adjust ikut
citarasa)
11. Masak nasi sehingga hampir kering, tutup penutup periuk dan masak nasi
sehingga masak.
12. Setelah nasi kering, titiskan pewarna merah, kuning dan hijau.
13. Kacau nasi sehingga nasi telah betul-betul kering.
14. Siap.
Tip
1. Titis pewarna bila nasi telah betul-betul kering.
Kalau nasi tak kering, warna akan bercampur
2. Gunakan sudu yangg berlainan bagi warna
yang berlainan untuk elak percampuran warna.
3. Semasa titiskan warna, pastikan jarak. Jangan letak terlalu dekat,
nanti warna bercampur.
4. Tunggu seketika setelah pewarna dititiskan supaya warna menyerap
sepenuhnya ke dalam nasi. Jangan kacau nasi ketika ini.
5. Setelah nasi telah betul-betul kering, baru kacau nasi untuk
campurkan warna-warna tadi.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba
Kredit Resepi : Khairul Hasrol
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official