
Nasi Hujan Panas sememangnya digemari rakyat Malaysia. Ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa malah enak dimakan dengan apa jua lauk pauk. Nak cuba masak menu ini hari ini? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
- 1kg beras | dibasuh dan ditoskan
- 1 liter air
- 1 tin susu cair
- 20gm buah gajus
- 20gm kismis
- 2 biji limau nipis
- ½ sudu teh pewarna hijau
- ½ sudu teh pewarna merah
- ½ sudu teh pewarna kuning
- Garam dan gula secukup rasa
- 20ml minyak sapi
- 10gm bawang merah | dimayang
- 5gm bawang putih | dimayang
- 5gm halia | dimayang
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 3 biji bunga lawang
- Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air, susu cair dan perahan limau nipis. Perasakan.
- Apabila air mendidih, barulah dimasukkan beras, buah gajus dan kismis.
- Tanak nasi sehingga kering dan masukkan pewarna secukupnya.
- Kaup balikkan dan sedia untuk dimakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Nasi Ayam ‘Roasted’ Paling Padu & Sedap Giler

Sedapnya Nasi Ayam ‘Roasted’ ni. Pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ada rahsia tau nak masak Nasi Ayam Roasted sedap ni. Rasanya? Kalah Nasi Ayam dari restoran. Cubalah. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
CARA MASAK NASI AYAM ROASTED SEDAP
(Untuk hidangan 5-6 orang makan)

1.SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 liter air
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah – beli online disini
Garam secukup rasa
1 hiris halia
Bebola ikan secukupnya – jika suka
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk tinggi. Masukkan kiub pati ayam.
2. Perasakan juga dengan sekali renjis serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan sekeping halia.
3. Selepas sup mendidih, masukkan seekor ayam ke dalamnya.
4. Angkat ayam selepas ia separa masak kira-kira 10-15 minit. Toskan dalam bekas.
5. Sambung reneh sup guna api perlahan. Masukkan bebola ikan untuk tambahan jika suka.
6. Sewaktu dihidangkan, barulah taburkan daun bawang dan bawang goreng. Sup yang sangat ringkas. Tapi ada rasa yang sangat istimewa.
2. NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 cawang beras – dibersihkan
1 senduk marjerin pelangi – beli online disini
2 hiris halia
2 helai daun pandan
1 batang serai saiz kecil
1 sudu gula
Secubit dua serbuk kunyit – beli online disini
Sup ayam secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Dalam kuali panaskan marjerin dan masukkan halia, daun pandan yang disimpul, serai dan gula. Jika ada lemak ayam, boleh dicairkan sekali.
2. Masukkan beras yang sudah dibersihkan. Goreng seketika kemudian masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi.
3. Tambahkan air sup secukupnya dan serbuk kunyit secubit dua untuk menghasilkan warna kuning.
4. Masak nasi seperti biasa. Semasa nasi hampir masak, masukkan lagi sedikit marjerin untuk rasa nasi yang sedikit berlemak dan wangi.
3. AYAM ROASTED

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam yang telah direbus tadi
2 sudu besar kicap pekat – beli online disini
1 sudu besar kicap cair – beli online disini
2 sudu besar sos blackpepper – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
1 sudu besar minyak bijan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Lumurkan ayam dengan semua bahan-bahan yang lain hingga rata.
2. Sangkut ayam pada tempat yang sesuai dan jemur di bawah cahaya matahari selama 30 minit (ini adalah tip untuk dapatkan kulit ayam yang garing dan cantik)
3. Kemudian masukkan ke dalam AF. Pilih menu ‘Roast’. Bakar ayam sehingga masak. Boleh juga panggang guna ketuhar.

4. Bila sudah masak, boleh potong ayam kepada bahagian kecil sebelum dihidangkan.

4. SAMBAL CILI ‘KICK’

BAHAN-BAHAN:
5 batang cili merah
2 biji cili padi merah
1 hiris halia
1 labu bawang putih jeruk (dibuang kulit dan tangkai)
2 senduk air jeruk bawang putih
2 sudu makan Sos Cili Thai by Maepranom – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan cili merah, cili padi, halia, bawang putih jeruk dan air jeruk. Kisar hingga sedikit halus.
2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk kecil. Masukkan sos cili thai. Masak seketika. Sos ini tidak perlu tambah gula dan garam kerana rasanya sudah lengkap.
5. SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 senduk kicap cair
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap biasa
1/2 sudu kecil sos tiram
CARA MEMASAK:
1.Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Panaskan seketika.
2. Tambahkan dengan sedikit sup tadi. Kacau kesemuanya dan sedia dihidangkan bersama nasi, ayam, sambal cili dan lain-lain.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sos Steamboat Homemade Ala Johnny’s. Sedap, Pekat, Memang Puas Hati
Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah & Sedap Untuk BBQ Dengan Keluarga
Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Nasi Limau Purut, Kena Cuba Kalau Tak Pernah Rasa.

Jarang dengar resipi nasi limau purut, tetapi jika kamu jenis yang suke mencuba resipi-resipi baru boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Zilareseipe ni. Nampak sanagt menarik, mesti wangi dan lazat!
RESIPI NASI LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan margerin
- 1.5 cm halia | kupas dan hiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 4 ulas bawang merah | dihiris
- 1 batang serai | dititik
- 3 helai daun limau purut
- Garam secukup rasa
- 500 ml air
- 125 ml pati santan
- 1 sudu makan stock ayam
- 2 cawan beras Basmathi | di cuci bersih dan toskan airnya
- 4 titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Panaskan Margerin di dalam periuk
- Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
- Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
- Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
- Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
- Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
- Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya
Kredit resipi: zilareceipe
Cara-Cara Buat Bubur Nasi Istimewa Guna Nasi Impit Segera. Mudah, Sedap & Jimat.

Sesekali makan Bubur Nasi untuk makan malam memang enak. Bukan setakat dinikmati begitu sahaja, menu ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk kegemaran masing-masing. Cukup mudah dan mengenyangkan. Jika dinikmati begitu sahaja pun sudah cukup menaikan selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sulizawati Linn Hassan ini. Istimewanya menu ini sebab ia menggunakan beras nasi impit segera. Jadi bubur anda memang bau wangi dan lebih sedap.
BUBUR NASI SPECIAL

BAHAN A:
- 3 paket beras nasi impit – keluarkan beras dari paket nasi impit, cucurkan air & toskan
- 1.5 liter air- kalau nak bubur lebih cair, boleh lebihkan air.
- 3 keping dada ayam- dipotong kecil (nak guna bahagian tulang pun boleh)
- 2 ketul kiub pati ayam- dipecahkan jadi serbuk terlebih dahulu
- 1 inci halia – dimayang halus (*)
- 3 ulas bawang putih- tumbuk halus (*)
- 2 paket sup bunjut (*)
- 1 batang kecil kulit kayu manis (*)
- 1 kuntum bunga lawang (*)
- 1 helai daun pandan- disimpul (*)
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu teh gula
- Sedikit minyak masak
BAHAN B (untuk taburan masa hidang):
- Daun bawang – hiris
- Bawang goreng – digoreng dengan 5 sudu makan minyak bijan
- Cili merah – hiris
- Lada sulah- renjiskan semasa hidang
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan bertanda (*) hingga wangi dan naik bau.
- Kemudian masukkan isi ayam. Kacau selama 1 minit.
- Seterusnya masukkan air, kiub pati ayam dan beras. Masak guna api sederhana sehingga beras menjadi bubur.
- Perasakan dengan garam dan gula. Rasa terlebih dahulu untuk pastikan perisanya cukup.
- Padamkan api dan tabur bahan-bahan B sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Sulizawati Linn Hassan

