
Musim perayaan begini, nasi impit memang antara hidangan yang wajib ada dalam menu Hari Raya. Zaman dulu, ibu-ibu kita buat sendiri nasi impit, homemade. Tak sukar pun buatnya jika tahu teknik yang betul.
Untuk resipi nasi impit kali ini, Fauziah Amin sudi berkongsi penyediaan nasi impit homemade. Menurutnya, beras pun memainkan peranan untuk menghasilkan nasi impit yang lembut dan sedap.
Buat nasi impit sendiri, selain sedap ianya menjimatkan juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripadanya.
BAHAN-BAHAN:
Beras – Boleh beli online di sini
Plastik jernih saiz 5×8
Stapler
CARA MEMASAK:
Basuhkan beras bersih-bersih dan toskan.
Jika guna plastik yang bersaiz comel atau kecil, dah masak nanti hasilnya pun comel juga. Jadi, saya gunakan plastik besar bersaiz 5×8. Besar lebih mudah. Dah macam bantal bayi.

Dah masukkan beras ke dalam plastik, lipat hujung plastik dan staplekan saja.

Sukatan beras adalah setengah daripada plastik.

Buatlah lubang-lubang pada plastik menggunakan garpu atau lidi sate. Jangan gunakan pisau, bimbang plastik terkoyak.

Setelah selesai, bolehlah direbus selama 2 jam dan boleh angkat. Lembut je. Lebih lama tempoh merebus, lebih elok. Nasi impit tak mudah basi.

Selamat mencuba.

Kredit: Fauziah Amin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Air Vanilla Blue with Ice Cream, Resipi Mudah Tapi Nikmat Tak Terperi
Tak Renyah Pun, Begini Caranya Masak Rendang Daging Sempoi Dan Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom Buka Dengan Sajian Indonesia. Ramuan Mudah Dibuat & Serasi Selera

Korang mesti tau kan masakan Indonesia banyak persamaan dengan lauk Melayu. Dah nama pun negara serumpun mestilah seleranya pun lebih kurang aje. Seperti juga juadah di Malaysia, juadah Indonesia juga kaya dengan rempah. Citarasa yang serasi dengan tekak kita
Nak cuba lauk Indonesia untuk berbuka, jom ikuti resepi sajian Indonesia sentuhan idea Chef Ardy Daniel dan Chef Faridul Ataras Abdul Razak dari Hotel Crystal Crown ini.

1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai |diketuk
- 4 helai daun salam
- 6 helai daun limau purut |dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.

2.IKAN GORENG PURBAKALA
BAHAN-BAHAN:
- 600 gm ikan tilapia (1ekor)
Bahan A :
- 6 biji cili merah | dikisar
- 4 biji cili hijau |dikisar
- 4 ulas putih |dikisar
- 2 biji bawah merah |dikisar
- 10 biji cili burung (cili padi) |dikisar
- 2 batang serai |dikisar
- 1 sm belacan |dibakar dan dikisar
- 3 sudu makan air asam jawa
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan ikan bersama kunyit, garam serta air asam. Perapkan selama satu jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan dengan api yang sederhana, angkat bila ikan sudah masak sempurna.
3. Kemudian gunakan minyak menggoreng ikan dan tumiskan semua bahan A (bahan dikisar) dalam kuali dengan api yang sederhana.
4. Biarkan sehingga kering, masukkan garam, gula, jus limau nipis dan asam jawa secukup rasa.
5. Tutup api dan ia sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2- 3 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Penggunaan cili merah, hijau dan cili burung menyebabkan ia berperisa dan agak pedas
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali sewaktu menggoreng, gaulkan ikan dengan asam keping sampai ia meresap rasa asam itu.

3.NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam |dihiris
- 1 ekor sotong putih | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dititik
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 5 ekor udang kering |ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Telur sarang
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1 .Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.

4.SATE AYAM BALI
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm ayam kisar halus
- 3 sudu makan minyak masak
Bahan perapan ayam :
- 8 biji bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan gula merah
- 1 sudu makan gula pasir
- 2 sudu makan asam jawa
- Garam secukup rasa
Bahan sos kacang :
- 2 biji cili merah
- 5 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan gula melaka | dicincang halus
- 120 gm kacang tanah| ditumbuk
- 50 ml air panas
- 4 sudu makan kicap manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cara buat perapan: Kisar semua bahan perapan dan masukkan minyak bagi memudahkan proses pengisaran dan hancur halus.
2. Sapukan dan gaulkan bahan kisar kepada isi ayam dan perapkan selama dua jam supaya bahan meresap dan sebati.
3. Selepas itu boleh dicucuk pada batang serai dan dipanggang.
4. Cara buat sos : Kisar bahan sos kacang dan tumiskan dalam minyak yang panas.
5. Tumis hingga naik baik dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa
6. Masukkan kicap manis. Dan biarkan hingga naik minyak dan masak
7. Sate ayam siap dihidangakan bersama sos kacang.
Saiz hidangan : 1-2 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Panggang dan bakar
Jenis masakan : Sate
Keistimewaan : Sate boleh disajikan untuk majlis keraian dan sedap dimakan bersama ketupat.Jika di Indonesia dimakan bersama tempe
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk isi ikan, kambing dan lembu.

5. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kilo daging lembu
- 1500 ml air
- 1 senduk minyak masak untuk menumis
- 4 biji ubi kentang | dipotong dadu
- 3 biji lobak merah | dipotong dadu
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 5 ulas bawang putih| dikisar
- 8 biji bawang merah| dikisar
- 1 sm halia | dikisar
- 5 tangkai bunga cengkih
- 4 biji pelaga
- 2 biji bunga lawang
- 10 gm kulit kayu manis
- 1 sudu teh gula
- 2 biji tomato/dipotong dadu
- 2 sm kulit kayu manis
- 2 ketul stok daging
Bahan tabur :
- Bawang goreng
- Saderi/ dihiris
- Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK :
1.Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit.
2.Buang airnya.
3.Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis.
4.Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah.
5.Tumiskan bahan sampai naik bau.
6.Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam
7.Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging.
8.Perisakan dengan garam
9.Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker)
Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak.
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasa merebus.
TERIMA KASIH : CHEF FARIDUL ATARAS AB RAZAK & CHEF ARDY DANIEL dari Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor
Hidangan Nasi Raya Istimewa, Pelbagai Rasa. Sesuai Untuk Semua Jenis Lauk!

Ingin menyediakan hidangan yang lebih istimewa di hari raya ni, pelbagai jenis nasi berwarna cukup perisa dan sedia dihidangkan bersama lauk. Anda juga tidak perlu risau kerana anak-anak kecil boleh menikmati nasinya begitu sahaja. Memang sedap!
1. NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 batang serai | titik
- 4cm halia |mayang halus
- Garam secukup rasa
- Kismis secukupnya
Cara memasak:
- Rendam beras sejam. Toskan.
- Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
- Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
- Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
- Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI BEREMPAH KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing (bahagian rusuk atau daging pejal) | potong sederhana kecil dan rebus empuk
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 3 cawan air rebusan daging kambing
- 1 cawan air (3 sudu makan biji ketumbar dikisar dengan satu cawan air dan tapis)
- 3 sudu makan minyak sapi/mentega
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 sudu makan kismis
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- Garam secukupnya
- Pewarna kuning secukupnya (pilihan)
- Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B: (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi/mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B berserta bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan tomato puri dan tumis hingga rempah masak.
- Masukkan kambing dan didihkan hingga kambing benar-benar empuk.
- Masukkan beras ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa. Tuang air rebusan kambing dan air ketumbar lalu didihkan hingga semua bahan masak.
- Apabila nasi masak, tambah kismis dan titikkan pewarna kuning (jika suka) dan kacau rata pada nasi. Letak daun pudina ke dalam nasi lalu tutup periuk untuk setengah jam.
- Hidangkan bersama hirisan timun, tomato, lemon dan cili hijau.
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
3. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
- 2 cawan air
- 2 cawan susu cair
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 biji bawang besar |mayang halus
- 3 ulas bawang putih |kisar
- 2cm halia |kisar
- 2cm kunyit hidup | kisar
- 1 batang serai | ketuk
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
- Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
- 1 ekor ayam |belah empat
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 biji bawang besar | kisar
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
- Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
- Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
- Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
4. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | potong kiub besar
- 4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
- 2 biji bawang besar | mayang halus
- 4 cawan air rebusan daging
- 3 sudu makan mentega/minyak sapi
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh air rendaman safron
- 1 sudu teh jus lemon
- 2 helai daun bay leaf
- 1 sudu teh biji lada hitam
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan gula perang secukupnya
- Bawang goreng dan kismis secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
- Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
- Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
- Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
5. NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak jagung
- 6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
- 4cm halia muda | mayang halus
- 1 labu bawang besar |kisar halus
- 4 ulas bawang putih |kisar halus
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
- Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
- Masukkan beras dan air.
- Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
- Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
6. NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
- 2 keping isi ikan merah |potong dadu
- 3 cawan susu cair
- ½ cawan air
- 2 helai daun pandan | siat dan simpul
- 2 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan marjerin
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih |mayang halus
- 3cm halia muda |mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
- Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
- Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
- Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
- Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
Penyelaras: Team Rasa
Resipi: Chef Suwarsi M. Arukin
Nasi Goreng Kampung Tak Pernah Jemu Dimakan, Ini Resipi Paling Sedap

Memang tak pernah jemu makan nasi goreng. Nasi goreng ni adalah antara menu yang boleh dimakan pada bila-bila masa. Pagi atau malam, boleh je makan nasi goreng. Nak buat pun senang. Tapi, kena ingat. Nasi goreng kena dimasak sedap barulah best nak dimakan. Cara tumisnya, cara menggoreng. Dan paling penting tekstur nasi itu pun memainkan peranan. Jangan masak lembik sangat, nanti tak sedap nak digoreng. RASA kongsikan resipi nasi goreng kampung yang simple tapi cukup lengkap cita rasanya.
NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE

Sedapnya makan nasi goreng..
BAHAN KISAR
• 1 biji cili merah
• 5 biji cili padi hijau
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas kecil bawang putih
• 1 inci belacan
BAHAN LAIN
• segenggam ikan bilis (digoreng asing)
• 1 biji telur ayam
• semangkuk nasi
• sayur sawi
• garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak goreng ikan bilis tadi, tumis Bahan Kisar.
3. Masukkan telur ayam. Kacau rata. Biarkan seketika.
4. Masukkan nasi. Gaul rata.
5. Masukkan sayur. Gaul lagi.
6. Masukkan garam dan gaul lagi sampai rata semuanya. Matikan api.
7. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng asing tadi. Sedia dihidang.
Resipi oleh Nur Faeizah dari Telegram KakiMakan







