Musim perayaan begini, nasi impit memang antara hidangan yang wajib ada dalam menu Hari Raya. Zaman dulu, ibu-ibu kita buat sendiri nasi impit, homemade. Tak sukar pun buatnya jika tahu teknik yang betul.
Untuk resipi nasi impit kali ini, Fauziah Amin sudi berkongsi penyediaan nasi impit homemade. Menurutnya, beras pun memainkan peranan untuk menghasilkan nasi impit yang lembut dan sedap.
Buat nasi impit sendiri, selain sedap ianya menjimatkan juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripadanya.
BAHAN-BAHAN:
Beras – Boleh beli online di sini
Plastik jernih saiz 5×8
Stapler
CARA MEMASAK:
Basuhkan beras bersih-bersih dan toskan.
Jika guna plastik yang bersaiz comel atau kecil, dah masak nanti hasilnya pun comel juga. Jadi, saya gunakan plastik besar bersaiz 5×8. Besar lebih mudah. Dah macam bantal bayi.
Dah masukkan beras ke dalam plastik, lipat hujung plastik dan staplekan saja.
Sukatan beras adalah setengah daripada plastik.
Buatlah lubang-lubang pada plastik menggunakan garpu atau lidi sate. Jangan gunakan pisau, bimbang plastik terkoyak.
Setelah selesai, bolehlah direbus selama 2 jam dan boleh angkat. Lembut je. Lebih lama tempoh merebus, lebih elok. Nasi impit tak mudah basi.
Selamat mencuba.
Kredit: Fauziah Amin
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official