Biasanya kalau masak nasi kabsah ni mesti ada acara khas atau ada tetamu istimewa nak bertandang ke rumah. Memang berselera kalau dapat makan menu ni, buatnya pun tak susah. Beras yang digunakan mestilah beras special untuk masak nasi arab ataupun beriani.Bila masak akan cantik dan tidak hancur. Bila dah cantik mesti selera orang tak sabar nak makan. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini.
NASI KABSAH KAMBING
Nasi:-
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2kg kambing
2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pandan
Daun ketumbar
3 sudu majerin
6 sudu besar minyak (nak tambah minyak sapi pun boleh.Kalau guna lagi sedap + bau wangi
4 sudu rempah kabsah
Ads
Cara masak:-
1. Tumis halia, bawang putih + merah yang dikisar dengan rempah kabsah.Masukkan air ikut sukatan beras 4 cawan digandakan jadi 8 cawan. Sudah mendidih rebus daging kambing sampai lembut.
2. Rebus sampai daging kambing agak masak. Lepas tu, keluarkan daging kambing dan ketepikan
3.Masukkan beras dengan air rebusan tadi dalam rice cooker. Dan masukkan daging kambing susun di atas beras daun pandan,daun ketumbar.Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.
Siapa suka makan Rojak Sotong Kangkung? Ha… Sedap kan? Jika biasanya anda beli je hidangan ni, anda pun boleh buat secara homemade. Memang terlajak mudah rupanya. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasa kuah rojak ni. Sedap!
SOTONG KANGKUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | dicuci bersih
1 ikat kangkung muda | dicuci bersih
Bijan panggang secukupnya
Bawang goreng secukupnya
BAHAN SOS:
2 ulas bawang putih | tumbuk halus
2 biji cili merah | tumbuk halus
4 sudu makan petis udang
2 sudu makan sos hoisin
2 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Gula secukup rasa
1 cawan air
Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.
Sebut tentang Nasi Daging Utara, memang padu padanannya dengan air asam kerisik. Ditambah pula ada menu rendang telur, sedap betul makan dah tak toleh kiri dan kanan.
Menurut Norzy Yusuff, percubaan kali pertamanya memasak Nasi Daging Utara ni, terus jatuh cinta. Sedap sangat. Daging lembut, nasi pun cantik, elok dan lembut.
Dinikmati pula dengan air asam kerisik bawang dan rendang telur, memang buat makan bertambah-tambah. Ikuti perkongsian resipi daripadanya. Jom kita buat.
Resipi ni nampak lazat, sesiapa pun mesti suka akan lauk masak kicap, tapi apa yang membezakan resipi ni dengan yang lain adalah penggunaan cili kering, lada hitam, cili padi dan rempah sup dalam masakannya memang sedap lain macam. Wajib buat untuk hidangan makan tengahari atau malam. Selamat mencuba.
Resepi Daging Goreng Masak Kicap Pedas Kebabom
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo Daging batang pinang (cuci bersih, hiris nipis, perap bersama garam & serbuk kunyit)
1 biji bawang besar (potong wedges)
5 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia (dititik)
2 sudu besar cili kering kisar
Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu Manis
Lada hitam (ditumbuk) anggaran dlm 1 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk rempah sup
2 sudu besar sos tiram (saya guna sos seafood Adabi)
2 sudu besar kicap manis
Sedikit daun bawang
1 biji tomato (sy buang biji)
10 biji cili padi (jangan hiris biar sebiji2 )
CARA MEMASAK:
1) Goreng kilas daging dlm minyak yg betul2 panas sehingga keperangan
2) Setelah daging masak ketepikan
3) Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.
4) Masukkan bunga lawang, Buah pelaga & kulit kayu manis dan masukkan rempah sup (guna api perlahan ye)
6) Masukkan cili kisar & masak hingga naik minyak
7) Masukkan daging yg telah digoreng. Masukkan juga blackpaper gaul sebati hingga daging bersalut cili & bahan2 yg ditumis tadi
8) Masukkan sos tiram
9) Masukkan air, kicap & cili padi. Renihkan dlm 20 minit.
10) Sekiranya kuah kurang pekat boleh tambah sos tiram@ kicap lg..
11) Akhir sekali masukkan daun bawang & tomato
Sedia utk dihidang..Sy tak letak garam & gula dlm resepi ni.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!