Tumis semua bahan tumis hingga sampai naik bau. Kalau guna pressure cooker, set pada stir fry selama 4 minit ye.
Setelah bahan tumis sudah masak elok, masukkan pula serbuk kari yang kita bancuh tadi. Kacau lagi sampai pecah minyak. Wanginya harum semerbak satu rumah bau.
Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Atau kalau nak gunakan daging pun boleh, lagi sedap sebenarnya. Tapi ayam pun dah sedap.
Setelah itu, perasakan dengan sedikit garam. Kacau rata.
Kemudian bolehlah masukkan beras yang dicuci. Tips tanak nasi guna pressure cooker; 6 pot nasi : 6 pot air. Nasi akan masak dengan sempurna dan cantik. Tutup periuk dan tekan rice. Auto dia set 7 minit.
Ads
Sebaliknya, kalau guna periuk biasa, tanak je macam biasa. Lepas itu tunggu hingg nasi masak.
Siap! Makan nasi saja pun dah sedap. Makan dengan kuah, sambal lada, ayam goreng lagi umphh! Terpulanglah pada selera masing-masing ye. Selamat mencuba.
Tiba-tiba teringin pula nak makan Nasi Daging. Alang-alang dah mengidam tu, buat jela sendiri Nasi Daging ikut menu yang dikongsikan ni. Nasi ni sangat senang nak masak dan tak menggunakan banyak bahan. Jom tengok resipi ini. Selamat mencuba!
Di hujung minggu sebegini, memang sesuai sangat kalau cuba masak menu yang luar dari kebiasaan. Bagi anda yang gemarkan sajian dari Timur Tengah, set Nasi Mandy Ayam mudah ni pastinya perlu dicuba. Ringkas dan kena dengan citarasa Melayu. Selamat mencuba!
NASI MANDY AYAM
BAHAN AYAM:
1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/saffron
Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
BAHAN NASI:
4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi)
4 ½ cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – hiris halus
2.5cm halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
BAHAN SOS:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
Garam, gula
Jus perahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.