Sedapnya dapat menikmati nasi kerabu. Memang kenyang dapat sepinggan.Siapa yang tiada bunga telang,boleh buat nasi kerabu kuning ni.Kalau ada yang teringin, bolehlah cuba resipi ini.
NASI KERABU KUNING
Bahan untuk nasi:
Beras
Air
Kunyit hidup atau serbuk
Serai sebatang diketuk
Daun limau yang dibuang tulang tengahnya
Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi:
1. Rendam beras dalam air kunyit
2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras dan daun limau.
3. Pakai pewarna saja
Tanak nasi sampai masak.
Sambal kelapa:
Ikan selayang / kembung sesuai selera. Kalau ikan besar 2 ekor dah cukup.
Kalau kecil ambil 5-6 ekor
1 biji kelapa parut putih
4-5 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
Garam dan gula
Ads
Cara memasak:
1.Rebus ikan dengan sedikit garam.
2.Dah masak, perisi buang tulang.
3.Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak 10min lebih kurang.Jangan lama sangat kita tak nak dia kering. Ketepikan.
4.Tumbuk isi ikan, kelapa parut, bawang. Agak-agak pecah je kecuali bawang ditumbuk biar lumat.
5.Masuk balik semua bahan yang kita tumbuk dalam kuali, perasakan garam dan gula secukupnya. Buka api sederhana, kacau semua sebati agak-agak dalam 5 minit. Tutup api. Siap.
Kuah tumis:
4 biji bawang merah besar
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
Cili kering sesuai kepedasan masing-masing
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan sehingga lumat
2. Angkat sikit bahan kisar untuk perap ayam.
3.Tumis bahan kisar sampai pecah minyak macam nak buat sambal.
4.Masukkan sebatang serai yang diketuk, 200ml santan dan air secukupnya.Biar mendidih sambil dikacau sampai santan masak cantik.Agak-agak tambah air jangan banyak sangat, kuah tumis ni nak kena sedikit pekat.
5.Perasakan garam dan gula.
6.Ada orang titiskan sedikit budu. Sesuai selera
7.Siap untuk dihidang.
Ayam percik
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang kita asingkan sikit tadi.
2.Bakar ayam. Ayam dah hampir masak, ambil sikit kuah tumis dan lumurkan pada ayam.
Kemudian sambung bakar smpai masak.
*Tapi cara saya buat ayam tu, sediakan kuali, letak minyak sikit,
letak ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tak melekat.
*Agak dah separuh masak,masukkan kuah tumis tadi sikit, masukkan air
biar mendidih kedua sisi ayam sehingga masak. Biar sampai kuah tadi jadi pekat. Siap.
Hiris ulam sesuai selera.
Nak makan meriah hujung minggu atau ada perancangan ajak kenkawan atau sanak saudara makan tengahari atau malam kat rumah, ini RASA kongsikan set Nasi Kunyit dengan lauk Ayam Bakar Ketumbar dengan Acar Nanas Kunyit. Senang nak sediakan, paling penting ia sedap dan tidak begitu pedas. Masak je sendiri, tak perlu nak oder catering.
NASI UDANG KUNYIT BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam setengah jam dan tos
250gm udang | bersihkan
1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 ketul perasa ayam
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1/2 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris kasar
4 biji bawang putih | belahdua
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan daun pandan.
Masukkan pula bahan hirisan, kacau hingg layu baru masukkan rempah penumis.
Setelah wangi, masukkan udang dan gaul rata.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan beras, gaul rata.
Setelah beras berubah warna masukkan serbuk kunyit, air, susu cair, perasa ayam dan garam secukup rasa.
Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan mereneh.
Setelah kuah kering kecilkan api dan biarkan nasi masak lebih kurang 10 minit.
Setelah masak, nasi boleh dihidangkan.
AYAM BAKAR KETUMBAR BAHAN-BAHAN:
600gm ayam bahagian kepak dan dada
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh cajun
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 biji lemon | ambil jus sahaja
2 sudu makan minyak zaitun
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3cm halia
2 batang serai
2 biji cili merah
1 sudu makan ketumbar biji
CARA MEMASAK:
Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan kisar, serbuk cili,cajun, serbuk kunyit, serbuk jitam manis, jus lemon, minyak zaitun, garam dan gula secukupnya.
Gaul rata dan perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam.
Masukkan ayam yang diperap dalam periuk dan tambahkan sedikit, kacau rata.
Masak ayam atas api sederhana hingga tiga perempat masak dan kuahnya pekat.
Tutup api dan keluarkan ayam dari periuk.
Letakkanya di atas dulang pembakar dan curahkan sedikit kuah di atasnya dan bakar dalam ketuhar hingga masak atau ayam bertukar kening keemasan.
Keluarkan dari ketuhar dan ayam panggang sedia dihidangkan.
ACAR NANAS KUNYIT BAHAN-BAHAN:
1 tin nanas dalam tin
6 ulas bawang merah | belah dua
4 ulas bawang putih | belah dua
2 hirisan halia
1 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji cili hijau | hiris memanjang
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh cuka makan
3 sudu makan minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang merah, putih, halia dan cili.
Setelah layu masukkan rempah menumis.
Kacau rata dan masukkan cuka, serbuk kunyit dan nanas.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa tutup api dan sedia dihidangkan.
Nasi Ulam Utara. Bagi yang pernah rasa, pasti tahu keenakan hidangan ni. Ringkas sahaja penyediaannya namun rasanya memang sedap dan luar biasa. Kalau bulan puasa ni, memang laris! Ada yang berminat nak cuba? Ini resipinya.
NASI ULAM UTARA
BAHAN A ( ULAM-ULAMAN):
Daun pegaga
Daun gajus
Daun mengkudu
Daun kaduk
Kacang panjang
Daun Cemumar
Daun kesum
Bunga kantan
( Info: Boleh juga guna daun-daun yang lain seperti daun seketut, cekur, putat dan lain-lain)
BAHAN B ( DITUMBUK):
7-8 batang serai
7-8 ulas bawang merah
5-6 tangkai cili hidup
5-6 tangkai cili kering
1 sudu teh lada hitam
1 ketul kecil belacan – lebih sedap jika dibakar sedikit
Kerisik secukupnya
3cm lengkuas
Garam secukup rasa
Ajinomoto
BAHAN LAIN:
1 ekor ikan tongkol – dibakar
1 ekor ikan talang masin – digoreng @ dibakar
CARA MEMASAK:
1. Bahan A dibersihkan dan dimayang halus-halus. Jangan hiris besar nanti tercekik bila makan.
2. Bahan B pula dihiris dan ditumbuk hingga halus. Nak kisar pun boleh tapi pastikan guna air sedikit sahaja di dalam pengisar. Ia bagi mengelakkan rencah berair.
3. Ikan tongkol dibersihkan dan dibakar hingga masak. Isinya sedap diletak dalam nasi ulam.
4. Rupa ikan tongkol yang telah siap dibakar. Boleh juga tambah ikan talang masin yang dah digoreng atau dibakar untuk rasa nasi yang lebih enak. Ikan diperisikan, dibuang tulang dan ditumbuk halus.
5. Letak nasi dalam bekas bersesuaian dan campurkan dengan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
6. Masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.
7. Nasi Ulam yang telah siap digaul. Sedia untuk dinikmati.
Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI DAGING GUNA KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
NOTA:
Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.