Makan

Nasi Kerabu Kuning Cukup Ramuan, Enak Rasa

Share

Sedapnya dapat menikmati nasi kerabu. Memang kenyang dapat sepinggan.Siapa yang tiada bunga telang,boleh buat nasi kerabu kuning ni.Kalau ada yang teringin, bolehlah cuba resipi ini.

NASI KERABU KUNING

Bahan untuk nasi:
Beras
Air
Kunyit hidup atau serbuk
Serai sebatang diketuk
Daun limau yang dibuang tulang tengahnya

Ade 3 teknik boleh buat untuk warnakan nasi:
1. Rendam beras dalam air kunyit
2. Rebus air, kunyit, serai sampai mendidih kemudian masukkan beras dan daun limau.
3. Pakai pewarna saja
Tanak nasi sampai masak.

Sambal kelapa:
Ikan selayang / kembung sesuai selera. Kalau ikan besar 2 ekor dah cukup.
Kalau kecil ambil 5-6 ekor
1 biji kelapa parut putih
4-5 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
Garam dan gula

Cara memasak:
1.Rebus ikan dengan sedikit garam.

2.Dah masak, perisi buang tulang.
3.Sangai kelapa sehingga hampir kekuningan, agak-agak 10min lebih kurang.Jangan lama sangat kita tak nak dia kering. Ketepikan.
4.Tumbuk isi ikan, kelapa parut, bawang. Agak-agak pecah je kecuali bawang ditumbuk biar lumat.
5.Masuk balik semua bahan yang kita tumbuk dalam kuali, perasakan garam dan gula secukupnya. Buka api sederhana, kacau semua sebati agak-agak dalam 5 minit. Tutup api. Siap.
Kuah tumis:
4 biji bawang merah besar
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
Cili kering sesuai kepedasan masing-masing
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan sehingga lumat
2. Angkat sikit bahan kisar untuk perap ayam.
3.Tumis bahan kisar sampai pecah minyak macam nak buat sambal.
4.Masukkan sebatang serai yang diketuk, 200ml santan dan air secukupnya.Biar mendidih sambil dikacau sampai santan masak cantik.Agak-agak tambah air jangan banyak sangat, kuah tumis ni nak kena sedikit pekat.
5.Perasakan garam dan gula.
6.Ada orang titiskan sedikit budu. Sesuai selera
7.Siap untuk dihidang.
Ayam percik
1.Perap ayam dengan garam dan bahan kisar yang kita asingkan sikit tadi.
2.Bakar ayam. Ayam dah hampir masak, ambil sikit kuah tumis dan lumurkan pada ayam.
Kemudian sambung bakar smpai masak.

*Tapi cara saya buat ayam tu, sediakan kuali, letak minyak sikit,
letak ayam yang diperap. Terbalikkan supaya tak melekat.
*Agak dah separuh masak,masukkan kuah tumis tadi sikit, masukkan air
biar mendidih kedua sisi ayam sehingga masak. Biar sampai kuah tadi jadi pekat. Siap.
Hiris ulam sesuai selera.

Kredit:Dani J Tang

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri