Nasi Komok a.k.a Khao Mok Gai. Nasi Briyani Siam Yang Anda Wajib Cuba.

Share

Nasi Komok atau  dikenali dengan nama Khao Mok Gai ialah Nasi Briyani Siam. nasi ini hanya boleh diperolehi di negeri-negeri yang bedekatan dengan Thailand seperti Kedah dan Kelantan. Jika jumpa anda memang wajib cuba.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi
  • 1 liter air
  • 200ml susu cair
  • 1 ekor ayam |dipotong kecil
  • 2 sudu makan rempah komok |boleh didapati di pasaran
  • 4 sudu minyak sapi
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 3 biji bawang putih | dikisar
  • 2sm halia | dikisar
  • 5gm kulit kayu manis
  • 5gm bunga lawang
  • 5gm bunga cengkih
  • 5gm buah pelaga
  • Sedikit daun ketumbar dan bawang goreng secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga bersama bahan kisar hingga naik baunya.
  2. Masukkan rempah komok dan biarkan masak sehingga garing. Kacau sentiasa.
  3. Masukkan ayam dan biarkan masak seketika.
  4. Asingkan ayam bersama kuahnya dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
  5. Masukkan kuah yang ditumis ke dalam periuk nasi dan tuangkan susu cair. Biarkan masak seketika.
  6. Masukkan beras dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan nasi masak.
  7. Apabila separuh masak, kacau rata nasi dan taburkan daun ketumbar bersama bawang goreng.
  8. Biarkan masak seketika dan tutup apinya.
  9. Hidangkan nasi komok bersama ayam yang digoreng.
Published by
Nur