Tempat makan yang ‘best’ pastinya menjadi sebutan ramai. Bagi yang tinggal di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang, jika rasa nak makan hidangan nasi kukus, bolehlah singgah ke Restoran Nasi Kukus Pandan yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.
Istimewa di restoran ini, ia menyajikan nasi kukus biasa serta nasi kukus pandan yang harum dan panas-panas pada setiap hari. Semerbak bau harum daun pandan dan menurut pemiliknya; Puan Liza Khalid, hanya daun pandan asli digunakan untuk menyediakan nasi kukus hijau yang menjadi ‘signature’ restorannya. Aroma wangi yang terhasil menyedapkan lagi rasa nasi serta menepati citarasa pelanggan.
Ads
Lebih menarik lagi, terdapat banyak pilihan lauk yang anda boleh cuba dan semuanya enak-enak belaka. Setiap hidangan disajikan bersama kuah kari serta sambal nasi kukus ‘special’ yang memang sangat sedap! Antara yang menjadi sebutan serta mendapat permintaan hangat ialah Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Ayam Dara, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Ayam Biasa, Nasi Kukus Ayam penyet, Nasi Kukus Ayam Penyet Dara, Nasi Kukus Ikan Keli Berempah, Nasi Kukus Keli Penyet, Nasi Kukus Goreng Pandan Special, Nasi Kukus Goreng Ayam Biasa dan Nasi Kukus Goreng Ayam Dara. Memang wajib cuba.
Rasa jauh dan tidak punya masa nak ke restoran tetapi nak rasa nasi kukus ni? Ha…Usah risau kerana Restoran Nasi Kukus Pandan juga menyediakan perkhidmatan ‘delivery’ hanya dengan tempahan minima 6 pax. Memang berbaloi sangatlah kan? Malah restoran ini juga turut menyediakan perkhidmatan katering bagi sebarang majlis rumah terbuka, jamuan raya, sambutan hari ji, jamuan mesyuarat, majlis kesyukuran, tahlil, karnival dan bermacam-macam lagi mengikut permintaan pelanggan.
Ads
Oleh itu bagi yang nak singgah dan rasa keenakan sajian disini, Restoran Nasi Kukus Pandan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Selamat mencuba!
INFO KEDAI: RESTORAN NASI KUKUS PANDAN
ALAMAT: NO 3, BLOK 26, JALAN DAWAI 16/2, SEKSYEN 16, SHAH ALAM, SELANGOR.
Ads
WAKTU OPERASI: ISNIN- AHAD :10.00 PAGI -9.00 MALAM ( JUMAAT : CUTI)
Orang kata, jiwa orang bisnes ni kental. Nampak ada betul kenyataan ini apabila pemilik nama Asmidar Hanan yang berasal dari Kelantan, tidak pernah serik berniaga walau banyak kali tersadung sehingga menanggung hutang puluhan ribu.
Pernah aktif berniaga dalam syarikat yang membuka bisnes sistem ejen namun dia kurang berpuas hati. Pernah juga membuka syarikat menyediakan servis menghantar parcel, namun entah di mana silapnya, kos ditanggung tidak berbaloi dengan untung.
“Saya pernah juga cuba jadi pemborong dan pengedar telur ayam tapi tak tahan dengan turun naik harga serta permintaan tidak menentu. Susah nak untung. Akhirnya, inilah yang saya buat iaitu menyediakan lokasi jualan bagi vendor di sekitar kawasan kediaman iaitu Hanan Khadeeja Vendors. Kedai saya ini lokasinya strategik. Justeru mudah menarik perhatian pelanggan asalkan produk yang dijual menarik hati pembeli. Selebriti Yoe Parey pun dah pernah sampai sini,” ujar Asmidar Hanan yang selesa dipanggil As.
CEREWET DENGAN KUALITI
Sebelum mengambil produk vendor, As mengakui mencuba dulu produk tersebut. Jika kena dengan selera dia dan insan terdekat, barulah dia buat keputusan meletakkan produk itu di dalam kedainya.
Semakin hari, kedainya semakin mendapat perhatian masyarakat sekitar. Jualan produk-produk vendor semakin laris.
“Saya sangat bersyukur kerana ada vendor yang dah rasa duit bisnes lebih daripada gaji yang mereka dapat ketika bekerja dulu. Ada suri rumah yang mengakui pada awalnya hanya nak pendapatan sampingan saja. Namun nilai jualan banyak daripada yang disangka,” tambah As seronok berkongsi rezeki.
PELBAGAI DESSERT, PRODUK FROZEN & READY TO EAT
Menjadikan produk pencuci mulut atau dessert dan makanan sejuk beku sebagai daya tarikan, As ingin menjadikan Hanan Khadeeja Vendors sebagai one stop centre untuk masyarakat sekeliling mencari produk sedemikian. Malah kedai ini turut menyediakan makanan ready to eat seperti mihun sup, makaroni bakar, macaroni dan cheese, spageti dan daging harimau menangis.
“Hanan Khadeeja Vendors mempunyai pelbagai kerepek ubi, biskut raya, kuih kapit, kerepek nangka, kerepek sayur, cocojar, sambal garing, popcorn dan baulu rangup. Pelbagai variasi kuih-muih untuk sarapan dan minum petang juga ada,” katanya yang mengakui kedainya ini lubuk makanan bagi sesiapa sahaja yang lapar.
Tagline Dea masuk tok jupo jale tubik! sangat mencuit hati kerana membayangkan pelanggan yang masuk pasti terpesona dengan produk makanan yang dijual. Semuanya dijual menggunakan sistem pack and go, memudahkan pembeli untuk membawa pulang makanan yang dibeli.
“As turut menjual pelbagai produk sejuk beku misalnya kambing perap, popia carnonara dan keropok losong. Akan datang, As bercadang tambah freezer untuk meletakkan karipap frozen pula,” ceritanya yang mengimpikan lebih banyak freezer dalam kedainya untuk meletakkan lebih banyak produk jualan.
ADA PEMBANTU CEMERLANG
Sebagai empunya binses, As akui pentingnya mempunyai pekerja atau pembantu yang bagus. Menurut As, dia bersyukur kerana mempunyai pekerja yang sangat membantu urusan kedainya.
“Saya suka ambil pekerja yang ada pendidikan tinggi sekurang-kurangnya diploma atau ijazah. Ini kerana saya boleh nampak beza cara mereka bekerja dan menyelesaikan task yang diberikan. Pekerja As sanggup susah payah dengan As. Alhamdulillah, kerjasama ini sangat memberangsangkan. Daripada As hanya mampu bayar gaji hari, kini As boleh bayar gaji bulan,” tambah As.
As mempunyai perancangan jangka panjang terhadap Hanan Khadeeja Vendor. Telah melalui banyak kegagalan, As tidak mahu mengulangi kesilapan demi kesilapan yang pernah menghantui dirinya lagi.
“As banyak tanggung hutang atas kesilapan bisnes lampau. As ingin selesaikan sedaya upaya dan jadikan Hanan Khadeeja Vendors ni lokasi bisnes terbaik dengan bisnes yang betul. Pengalaman lalu membuatkan As tak meletakkan harapan kepada sesiapa pun. Banyak kecewa. Kini As hanya letakkan segala harapan dan kebergantungan kepada Allah. Hasilnya As lebih tenang walau ada hutang puluhan ribu. As tahu Allah akan tolong As langsaikan hutang selagi As berusaha,” tambahnya menutup bicara.
HANAN KHADEEJA VENDORS
ALAMAT:
Lot 3829 Hadapan Petronas Manal 1,
17500 Tanah merah kelantan
(Menghadap Petronas Manal 1)
WAKTU OPERASI:
Buka setiap hari dari pukul 10 pagi – 8 malam
Memang boleh dianggap sebagai syurga makanan laut! Manakan tidak, semua makanan laut di sini saiznya besar-besar. Memang teruja.
Inilah dia destinasi yang patut dikunjungi jika anda bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Nak tahu lokasi sebenar? Lihat saja tugu yang ada replika ikan todak. Sebab itulah namanya Medan Selera Todak atau juga dikenai sebagai Todak Waterfront Hawker Centre.
Kalau nak tahu, destinasi ini bukan saja jadi tumpuan orang dari Semenanjung tanah air, tapi orang Sabah sendiri pun suka datang sini. Pelancong dari luar negara pun bertumpu di sini juga untuk menikmati hidangan makanan laut yang segar dan murah.
Pengguna media sosial Emy Othman berkongsi keseronokannya berada di lokasi tersebut bersama sahabatnya, Siti Hajar Ab Rahman.
“Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pengunjung jadi bertambah ramai. Bukan sebab makanan laut di sini segar dan murah saja, tapi peniaga di sini pun ramah-ramah belaka. Kalau kita lalu, mereka akan sapa dan jemput kita makan di kedai mereka,” cerita Emy.
Ayuh kita lihat betapa mewahnya makanan laut di sana.
SEDAP DAN MURAH! RUGI TAK MAKAN DI SINI
Jadi, kepada anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah, jangan lupa ya pergi ke Todak Waterfront dan pilihlah makanan laut kegemaran anda.
Kali ini RASA ingin kongsikan dua lokasi tempat makan berkonsepkan menu hidangan Pantai Timur. Dua lokasi ini memang sedap dan korang wajib cuba.
WARONG AMBO
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dengan Kedai Buku Banggol.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira