Nasi Kukus Hijau Ayam Dara Tarikan Utama Restoran Nasi Kukus Pandan. Wajib Cuba!

Share

Tempat makan yang ‘best’ pastinya menjadi sebutan ramai. Bagi yang tinggal di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang, jika rasa nak makan hidangan nasi kukus, bolehlah singgah ke Restoran Nasi Kukus Pandan yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Istimewa di restoran ini, ia menyajikan nasi kukus biasa serta nasi kukus pandan yang harum dan panas-panas pada setiap hari. Semerbak bau harum daun pandan dan menurut pemiliknya; Puan Liza Khalid, hanya daun pandan asli digunakan untuk menyediakan nasi kukus hijau yang menjadi ‘signature’ restorannya. Aroma wangi yang terhasil menyedapkan lagi rasa nasi serta menepati citarasa pelanggan.

 

Lebih menarik lagi, terdapat banyak pilihan lauk yang anda boleh cuba dan semuanya enak-enak belaka. Setiap hidangan disajikan bersama kuah kari serta sambal nasi kukus ‘special’ yang memang sangat sedap! Antara yang menjadi sebutan serta mendapat permintaan hangat ialah Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Ayam Dara, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Ayam Biasa, Nasi Kukus Ayam penyet, Nasi Kukus Ayam Penyet Dara, Nasi Kukus Ikan Keli Berempah, Nasi Kukus Keli Penyet, Nasi Kukus Goreng Pandan Special, Nasi Kukus Goreng Ayam Biasa dan Nasi Kukus Goreng Ayam Dara. Memang wajib cuba.

Rasa jauh dan tidak punya masa nak ke restoran tetapi nak rasa nasi kukus ni? Ha…Usah risau kerana Restoran Nasi Kukus Pandan juga menyediakan perkhidmatan ‘delivery’ hanya dengan tempahan minima 6 pax. Memang berbaloi sangatlah kan? Malah restoran ini juga turut menyediakan perkhidmatan katering bagi sebarang majlis rumah terbuka, jamuan raya, sambutan hari ji, jamuan mesyuarat, majlis kesyukuran, tahlil, karnival dan bermacam-macam lagi mengikut permintaan pelanggan.

Oleh itu bagi yang nak singgah dan rasa keenakan sajian disini, Restoran Nasi Kukus Pandan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Selamat mencuba!

 

INFO KEDAI: RESTORAN NASI KUKUS PANDAN

ALAMAT: NO 3, BLOK 26, JALAN DAWAI 16/2, SEKSYEN 16, SHAH ALAM, SELANGOR.

WAKTU OPERASI: ISNIN- AHAD :10.00 PAGI -9.00 MALAM ( JUMAAT : CUTI)

WAJIB CUBA: NASI KUKUS AYAM BEREMPAH, NASI KUKUS PANDAN SPECIAL, NASI KUKUS KELI BEREMPAH, NASI KUKUS KELI PENYET & NASI KUKUS GORENG PANDAN.

 

Published by
Nur