Makan Di Mana membawa anda ke lubuk makanan sedap yang bikin ketagih untuk merasainya lagi. Kita terjah ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar, Shah Alam. Kalau guna waze gerenti sampai ke restoran ini. Restoran ini memang mendapat sambutan ramai pengunjung dari sekitar Selangor khususnya kerana keenakan makanannya.Memang tidak henti orang keluar dan masuk ke sini untuk merasai makanan kegemaran mereka.Keistimewaan restoran ini bukan saja terletak pada kelazatan hidangannya, malah harga yang ditawarkan juga berpatutan.Menu yang ditawarkan juga pelbagai antaranya nasi kerabu, nasi ayam, nasi kukus dan masakan panas yang lain.

Makanan wajib rasa
Sekiranya ke sini, wajib cuba nasi kerabu sotong besar. Antara best seller di sini ialah kambing bakar, ayam bakar dan sotong besar. Manakala minuman yang wajib cuba ialah green tea, teh ais special dan coconut shake.

Nasi kerabu lengkap dengan sambal kelapa cukup lemak, cukup rasa, banyak dan portion seimbang dengan nasi. Telur masin separuh, ulam pun portion cukup untuk gaul secukupnya, budu dan sambal juga cukup untuk nasi, lengkap dengan keropok ikan. makan nasi kerabu biasa pun sedap. Nasi banyak, memang kenyanglah.

IKLAN

Nasi kukus sotong pun sedap, crunchy and juicy sotong yang dihidang. Saiz sotong memang cukup besar. Kuantitinya juga banyak. Set sotong besar ni boleh pilih nak nasi kukus ke, nasi lemak atau nasi kerabu.Sotong besar ini lebih sedap dimakan begitu sahaja. Sotong memang segar.Tepungnya rangup dan sos cilinya ohsem, sedap. Hidangan untuk seorang boleh dimakan oleh tiga atau empat orang. Memang puas hati habis!

IKLAN

Nasi Kukus Kambing Bakar juga kombinasi yang sangat ngam. Nasi Kukus + Sambal Cili + Timun + Kambing yang ada sos ala black paper ala kicap ala rempah sedap sangat. Korang rasalah sendiri. Portion pun banyak. Isi dagingnya yang lembut dan ‘juicy’ bikin ramai pelanggan ketagih.


Menu yang baru diperkenalkan ialah Talapia Goreng Sisik. Menu yang pasti terangkat habis.Ia sengaja digoreng dengan sisik supaya pelanggan rasa kerangupan dan kemanisan isi talapia. Dihidangkan ketika isinya masih panas-panas, dicicah terus bersama sambal kicap dan digandingkan bersama nasi kukus. Sangat menyelerakan, yang pernah merasa saja tahu akan nikmatnya.

IKLAN

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan kualiti yang dijanjikan. Nasi kerabu sotong RM18.00, nasi kerabu sotong kambing RM18.00, Nasi kerabu ayam bakar RM14.50, Nasi kukus Talapia RM18.00,Nasi kukus sotong RM15.90,Nasi kukus kambing RM15.90, Nasi Ayam bakar RM12.90 . Minuman seperti Green tea ice RM4.00, Teh ais cincau special RM4.50 dan coconut shake RM 4.00.


Tak boleh keluar makan ke kedai di waktu PKP ini boleh saja pesan makanan di foodpanda atau pergi ke website sotongbesar.com untuk pesanan. Macam-macam ada .MOH LER PAKAT TRY!

NASI KUKUS SOTONG BESAR
No.1, Jalan Kemuning Prima G33/G, Kemuning Utama, Shah Alam (cawangan Shah Alam)
TEL: 03-55258062/01161377879

No.1 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1B/KU3,
Kristal Klang Commercial Centre, Kampung Batu Belah,Klang (cawangan Klang)
TEL: 03-33584590/0109116236

SELASA: TUTUP
WAKTU OPERASI: 11.30 PAGI -10.30 MALAM