Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
Ads
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
Ads
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pucuk Paku memang enak dijadikan sebagai kerabu. Penmbahan beberapa rencah lain menjadikan hidangan ini digemari ramai. Menerusi perkongsian saudari Redza Rosida, beliau berkongsi cara-caranya menyediakan sajian Kerabu Pucuk Paku yang simple tetapi sangat sedap. Cubalah. Pasti anda akan suka akan rasanya.
CARA MEMBUAT KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN:
Pucuk paku – dipotong kecil & dicelur terlebih dahulu Tauge Mangga muda – sagat Bawang besar – hiris nipis – beli online disini Kerang rebus Kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja
BAHAN SAMBAL KERABU: 10 biji cili merah Cili padi – ikut kepedasan yang disukai Belacan – beli online disini Air asam jawa – beli online disini 4 biji limau kasturi – ambil jusnya sahaja Garam dan perasa 1 genggam ikan bilis – boleh disangai atau digoreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sangai tauge tanpa minyak seketika. Jangan lama. Kemudian sangai kelapa parut hingga keperangan. 2. Satukan bahan sambal kecuali bilis. Kisar seketika. 3. Masukkan ikan bilis. Kisar sekali lagi tetapi jangan sampai hancur sangat. 4. Dalam bekas besar, campur semua bahan dan gaulkan.
5. Seimbangkan rasa masam, masin dan pedas mengikut cita rasa. Lagi enak jika lebih rasa masam. 6. Kerabu Pucuk Paku sedia untuk dinikmati.
Ayam Goreng memang sedap dan merupakan antaramakanankegemarankanak-kanak. Hari-harimakan pun takjemu. Namunbagimak-mak, kadang kala naik bosanmengadaplauk yang sama. Jadi, bolehcubaresipiayam goreng perkongsiansaudariMleisyaScaft Comey Sokmoni. Takgunaserbukkunyit pun. Pasti puashatidenganrasanya.
CARA MASAK AYAM GORENG SEDAP TANPA SERBUK KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potongkecil dan bersihkan
5-6ulasbawangputih – tumbukhalus
5 bijibawangmerahkecil – tumbukhalus
2incihalia – tumbukhalus
1sudumakanserbukcili
Garamsecukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semuabahanhinggalumat. Kemudianmasukkan garam sertaserbukcili. Gaul rata.
2. Lumurkan ayam denganbahantumbuktadihingga rata. Perap selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng hinggagaring dan ayammasaksepenuhnya.
Empat menu sayur ini memang memancing selera, wajib buat di rumah sebab ia senang amat sangat. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
1. PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
.
BAHAN-BAHAN:
2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 biji cii merah | hiris memanjang halus
2 ulas bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | titik
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
2. TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang
250 gm daging kisar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Terung dipotong dua kemudian belah empat.
Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
3. TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
.
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang | potong 4cm
150gm daging kisar
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
3 biji cili padi | hiris
Sedikit hirisan cili benggala merah
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
Perasakan dengan sos tiram.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
.
BAHAN-BAHAN:
6 batang kacang botol | hiris serong
150gm hirisan daging rebus
Sedikit hirisan cili Benggala Merah
1/2 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
ANDA MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG, JOM LAYARI DI SINIUNTUK PELBAGAI PILIHAN DAN TAWARAN MENARIK.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!