Nasi Lemak memang tak lengkap tanpa padanan sambalnya. Masak nasi lemak guna beras basmathi pun gerenti sedap gak, lembut berderai dan sedap nasinya.

Ni dia resipi perkongsian daripada Mariana Zainal, yang bestnya siap dengan sambal kerangnya sekali. Terbaiklah Mariana.

NASI LEMAK BASMATHI



.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan beras basmathi
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 cawan air
  • Sebesar ibu jari halia(hiris)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 sudu teh lada hitam( lada hitam biji, buang angin dlm badan) – beli online DI SINI
  • 3 biji bunga lawang(bangkit aroma) – beli online DI SINI
  • 1 helai daun pandan(simpul)
  • 2 sudu teh garam

CARA MEMASAK :
1. Basuh beras. Eloknya beras basmathi direndam dulu dengan air sekurangnya 30 minit), toskan.
2. Masukkan semua bahan dan beras dalam periuk nasi elektrik.. Tekan cooked.. Biarkan sehingga masak…siap.
3. Apabila butang periuk dah naik, jangan kacau nasi tu lagi, biar aje dulu, lepas 15 minit nanti baru kacau.

2.SAMBAL KOSONG



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kisar :

IKLAN
  • 35 tangkai cili kering – beli online DI SINI
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ikan bilis – beli online DI SINI
  • 1/2 sudu teh belacan(sikit jer tau) – beli online DI SINI
  • 1 1/2 cawan minyak masak

(kisar semua bahan ini)

Bahan lain :

  • 1 biji bawang besar(hiris)
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar gula merah – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar air asam jawa(sederhana cair)
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa

CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar dalam kuali masak guna api sederhana.(jangan letak minyak sbb Mariana dah kisar dengan minyak,salah satu teknik bila masak sambal tak nak merecik.
2. Bila cili dah mula masak elok..masukkan bawang hiris,gula pasir,gula merah,air asam jawa dan bahan perasa..
3. Masak hingga pekat bila dah pekat masukkan garam..Sesuaikan rasa, buang lebihan minyak.

3. SAMBAL KERANG



.

BAHAN-BAHAN :

  • 3 kg kerang (rebus dan kopek ambil isi)
  • 1 1/2 keping asam keping – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam – beli online DI SINI
  • 1 sudu teh bahan perasa
  • 1 cawan air

Bahan kisar

  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • 35 tangkai cili kering – beli online DI SINI
  • 3 sudu besar ikan bilis – beli online DI SINI
  • 1 cawan minyak masak

(kisar semua bahan ini)
Hiasan
1 biji besar besar ( potong bulat)

CARA MEMASAK :
1.Masukkan bahan kisar dalam kuali.
2. Masukkan asam keping,gula,garam dan bahan perasa.
3. Tumis hingga naik minyak dan garing, api sederhana dan kacau sesekali.
4. Apabila sambal dah masak elok, masukkan kerang dan air.
5. Masukkan juga bawang besar yg di hiris bulat.
6. Sambal agak pekat tutup api, dah siap.

TIP DARI MARIANA : NAK NASI YANG LEBIH LEMBUT TAMBAH 1/2 LAGI CAWAN AIR..
:JIKA GUNA BERAS BIASA, 1 CAWAN BERAS DAN 1 1/2 CAWAN SANTAN CAIR

Kredit foto & resipi : FB Mariana Zainal

 

ANDA SEDANG MENCARI PENGISAR UNTUK KISAR BAHAN SAMBAL JOM BELI ONLINE DI SINI.

JOM JENGUK VIDEO MASAKAN INI :

 

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Bau Wangi Daun Ketumbar Pada Nasi Ayam Thai Buat Berselera Nak Makan

Nasi Hujan Panas & Ayam Masak Merah Tak Pernah Jemu Makan

Lima Resipi Bubur Nasi Homemade Sedap Untuk Makan Malam